• Hotel Di Tengah Bandar Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur

    Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Hotel di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ni. Memang tumpuan pelancong luar negara. Orang Malaysia pun ramai yang stay di sini. Reception pun agak sesak. Menjadi tumpuanlah sebab bersebelahan dengan Mall Times Square. Selesai check-in, terus naik ke bilik. Ini kali kedua menginap di sini. Yang first, bilik mengadap penjara pudu. Seram malam-malam nak duduk tepi tingkap. Itu dululah, sekarang penjara pudu dah tak ada. Kali ni, dapat bilik mengadap swimming pool. Dapatlah skodeng kan..hehehe. Hujan lebat hari tu, habis berterbangan kerusi di bawa arus angin.   Bilik Penginapan Dapat satu katil king size. Tidur 3 beranak muatlah. Dua lagi anak terpaksa tidur kat bawah. …