Ibu-ibu yang tak dapat beri sepenuhnya susu badan pada bayi akan berasa gelisah dan resah. Dan pastinya akan rasa down sangat bila anak menangis kerana tidak cukup minum susu. Kita sebagai ibu, semestinya mahu berikan susu badan secara terus kepada anak lebih-lebih lagi yang baru lahir.

Tip Penyusuan Kepada Ibu-Ibu Baru

Kepada ibu-ibu yang pertama kali melahirkan anak dan masih belum ada pengalaman penyusuan. Beberapa tip yang MamaEma nak kongsikan.

  1. Selepas melahirkan, bayi perlu diberi terus susu badan. Penyusuan pertama akan menyebabkan luka pada puting-puting dan ia juga akan sakit. Jadi, ibu perlu banyak sabar.
  2. Ibu-ibu perlu berada di dalam keadaan yang tenang semasa penyusuan. Sokongan secara peribadi, profesional, jururawat boleh membantu.
  3. Sekiranya puting pecah-pecah, sapukan dengan minyak zaitun atau susu badan sendiri. Memang sangat sakit. Masa nak suakan mulut anak sampai kacip gigi, tapi selepas anak mula minum, sakit akan hilang. Ambil masa beberapa hari untuk pulih.
  4. Yang penting makan dan minum jangan tinggal. Banyakkan minum air suam untuk meningkatkan susu.
  5. Makan supplement tambahan untuk penambahan susu badan.

Shatavari Ekstrak Asparagus dari Himalaya

Untuk membantu bagi penghasilan susu badan, bolehlah mengambil apa-apa makanan tambahan seperti makanan tinggi protein, kalsium, kurma, soya. Boleh juga mencuba Himalaya Shatavari iaitu ekstrak herba tulen yang berkesan kepada ibu-ibu baru kerana ia membantu dalam mengimbang sistem hormon wanita. Ia menjaga rahim dan ovum dan membentuk penyusuan semula jadi badan.

Kelebihan Shatavari

  1. Shatavari sejenis herba dalam Ayurveda digunakan beribu tahun sebagai satu ubat reproduktif wanita dengan menyegarkan dan memelihara organ pembiakan wanita.
  2. Penyusuan menyokong kepada ibu-ibu baru dengan meningkatkan paras hormon prolaktin.
  3. Membantu mengatasi keletihan, kesihatan mental dan fizikal, menyegarkan badan.
  4. Membantu dalam memulihkan kestabilan hormon wanita semasa dalam pantang.
  5. Menyokong pengeluaran normal susu badan.
  6. Melegakan gejala menopaus.
  7. Menyokong sistem penghadaman dan imun.
  8. Digunakan di India sebagai satu herba yang sering digunakan untuk wanita.

Cara Pengambilan

Satu botol memgandungi 60 kapsul. Satu kapsul, dua kali sehari. Setiap kapsul mengandungi ekstrak 250mg Shatavari.

Hari ini, jenama Himalaya senonim dengan produk herba selamat dan mujarab. Bermula sejak tahun 1930 dan beroperasi dalam lebih 90 negara, dipreskripsikan oleh 400,000 orang doktor seluruh dunia dengan berjuta-juta pelanggan yang mempercayai jenama Himalaya untuk kesihatan dan penjagaan peribadi. Himalaya Global Holdings Ltd. (HGH) ialah induk semua subsidiari-subsidiari Himalaya dan produk mereka boleh juga didapati di:

  1. FB : Himalaya Healthcare Malaysia
  2. Lazada
  3. 11 Street
  4. Farmasi tempatan terpilih sahaja.

 

Disebabkan ianya dalam bentuk kapsul, jadi mudah nak telan. MamaEma memang suka supplement dalam bentuk kapsul berbanding cecair. Penakut ubat? Semestinya tidak. Bukan takut, tapi tak gemar jea. So, yang mana rasa down, rasa sedih, rasa frust tak dapat hasilkan susu badan yang banyak tu, bolehlah cuba Himalaya Shatavari ni. Produk herba yang terbaik dan sangat dipercayai.

 

About emarieys

Ema has written 1064 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). ‘s’ di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

18 thoughts on “Susu Ibu Kurang Tip Penyusuan Kepada Ibu-Ibu Baru”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge