Assalamualaikum.

Kakak Azwa memang tak dapat belajar di sekolah rendah agama sejak tahun lepas lagi. Atas alasan pihak sekolah tiada kekosongan. Setahun rugi tidak belajar di kelas agama, berharap tahun ini dapatlah kakak Azwa menimba ilmu di sana. Tapi hampa setelah sebulan lebih cuti akhir tahun hingga hari pertama sekolah dibuka, tak ada sebarang panggilan mahupun surat menyurat diterima.

Pada 2 Januari 2014, kami pergi ke pejabat sekolah agama untuk menanyakan mengenai perkara ini. Jawapan yang kami terima sama “tak ada kekosongan”. Kami diminta untuk menunggu dan menghubungi pihak sekolah pada minggu ketiga sekolah.

Sampai bila kami harus tunggu? Mahu tunggu lagi setahun?

Kami maklumkan masalah ini kepada pengerusi penduduk kampung. Kami diminta untuk menghantar surat rayuan kemasukan ke sekolah agama berkenaan.

surat terbukaSekolah Rendah Agama (SRA) ini dibawah kendalian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Surat ini juga diberi salinan kepada Guru Besar SRA, Persatuan PIBG dan Persatuan Penduduk.

Kelmarin, suami telah hantar surat kepada JAWI melalui pos manakala hantar terus kepada Guru Besar SRA, Persatuan PIBG dan Persatuan Penduduk.

Suami hantar surat di pejabat sekolah, seorang guru bertanya untuk tujuan apa? Suami cakap “saya nak jumpa guru besar, saya nak hantar surat rayuan untuk anak saya”.

Surat kami diberi pada pemangku guru besar. Selepas dibaca pemangku guru besar bertanya “cikgu, masih boleh lagi, masih ada kosong tak?” . Guru itu pun cakap “bolehlah lagi, seorang”. Tadi cakap tak ada kosong, dan sekarang terus pula boleh. Aduh, rasa kelakarlah pula.

Kami diminta untuk datang ke sekolah pada hari jumaat untuk mengambil borang. Kita tunggulah hari jumaat nanti bagaimana.

Jadi, kita sebagai ibu bapa kalau anak-anak tak dapat belajar di mana-mana sekolah yang dipohon. Jangan pakai cakap mulut, kena pakai surat menyurat. Kena ada hitam putih, Barulah boleh bertindak.

Hairan juga, kenapa pendidikan untuk kelas agama di sini tidak sama dengan negeri lain. Di Selangor, sekolah agama adalah diwajibkan. Betul tak? Tetapi di KL masih lagi terbuka. Jika, di Kelantan, kelas agama diadakan setiap petang di sekolah kebangsaan itu sendiri. Malah sekolah jenis kebangsaan cina pun ada kelas agama juga. Di Kelantan, tak panggil sekolah agama tetapi dikenali sebagai kelas fardhu ain.

Belajar di sekolah agama dengan kelas fardhu ain ini sama atau tidak? Siapa cikgu kat sini, sila komen.

About emarieys

Ema has written 1048 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

2 thoughts on “Surat kepada Sekolah Rendah Agama”

  1. Pingback: gambar surat menyurat | Download Materi Presentasi | Free PDF Files, eBook, and Document Sharing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge