Sukaneka hari keluarga. Dah rasa segar lepas mandi, bergerak ke padang Gambang Waterpark. Petangnya ada aktiviti sukaneka. Cuaca sana memang panas, nasib baik ada khemah buat berteduh. Bab sukaneka, anak-anak yang excited nak bermain. nak rebut nombor satu dan nak menang dapat hadiah..lebih-lebih lagi anak aku sendiri…tak dinafikan si kakak azwa sorang ni.

Fun Drive UC 16

Anak-anak sibuk bermain, mak-mak sibuk bergosip. hahaha…tak habis borak masa berkumpul. dan mak-mak yang kena jaga anak yang kecil. mak-mak juga yang bagi support untuk suami-suami yang bersukan sekali.

Fun Drive UC 02

Fun Drive UC 01

Macam-macam aktiviti lah juga. dari anak umur setahun hingga belasan tahun. Kat mana-mana aktiviti, sukaneka berebut gula-gula memang akan ada..yang berebut lebih mak-mak jer.. anak pula macam takut nak berebut kan..nanti dapat sikit. kesian.. ada anak yang tak dapat..memangis pulak.

Si kakak dan abang, aku tak ambil kisah sangat dah. Si kakak tak perlu diajak pun memang dia akan join. lain si abang, nak kena paksa barulah nak join.

Fun Drive UC 10

Geli mama ko tengok kakak haih… sampai nak termuntah tepung masuk dalam mulut. itulah beria sangat tiup tepung cari duit. dah macam tepung gomak dah mama tengok.

Fun Drive UC 11

Fun Drive UC 13

Fun Drive UC 12

Tengok video kakak tiup belon ni, seriau pula aku..macam nak putus nyawa dia beria-ria tiup belon tu. orang lain tiup sikit lepas tu kepit celah paha kasi belon pecah..puas menjerit kat kakak suruh kepit belon tu. tak dihiraunya…last pecah juga dan dapatlah nombor 3. ehem3x, ada yang nak main tipu tau…ada terekod video…hahaha siapakah itu?

Fun Drive UC 15

Fun Drive UC 14

Sukaneka untuk poksu dan moksu. Moksu sepak bola ke arah gol poksu.  yang kelakar moksu sepak bola salah masuk gol poksu orang lain.

Fun Drive UC 18

Terfikir sukaneka apalah yang nak dibuatnya bila poksu kena pakai kain pelikat @ sarung ni..ingatkan nak jadi ninja ke apa..sekali kena main bola dengan kain pelikat @ sarung. ramai pula yang pakai kain sarung moksu…hahahaha.

Fun Drive UC 23

pasang strategik ke poksu? kononnya lah.. tapi tak menang pun.

Fun Drive UC 24

cenonit jer bolanya…ada yang tonggang terbalik sepak bola.

Fun Drive UC 25

kain batik sarung bini jadi mangsa..nasib tak terlondeh..

Fun Drive UC 26

Ayra pun behave je walaupun cuaca agak panas.. budak baru belajar nak berjalan.. aku lepaskan dia bertatih atas padang kering tu. bukan main seronok dia..Fun Drive UC 17

Esoknya, Ayra kena demam panas..Dahlah main padang di tengah panas. bilik homestay pula tak ada aircond lagilah membahang panasnya… nasib baik dia tak meragam. Ayra anak yang baik… dan semua cakap muka ikut ayah dia..yea ke korang?

Fun Drive UC 42

Peluh masam dah keluar…malamnya dinner dengan tema retro…

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

8 thoughts on “Sukaneka Hari Keluarga”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge