Merasa juga buah strawberry yang besar, harga yang murah giler. Memang murah sungguh beli buah strawberry di bulan Ramadhan. Ini gara-gara balik Kelantan sambut hari raya ikut laluan alternatif. Sempat singgah Cameron Highlands. Jalan memang clear. Tak ada orang datang bercuti dalam bulan Ramadhan ke?

Strawberry murah 5 bungkus besar RM25 sahaja

Alang-alang dah sampai ke Cameroon Highlands, singgah tempat membeli sayur. Asalnya, nak cari sayur jer, tapi dipanggil-panggil oleh penjual buah strawberry. sampai tergoda. Beli 5 bungkus besar dengan harga RM25 sahaja, siap free dua bungkus kecil.

Nak makan terus, belum sampai waktu berbuka lagi.. sampai kampung bahagi-bahagi kan pada keluarga dan adik-beradik. Lain kali nak makan buah strawberry murah..datanglah pada bulan Ramadhan yer.. susah woo, nak dapat harga semurah ini.

 

About emarieys

Ema has written 1052 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

6 thoughts on “Harga Buah Strawberry Menjunam Ketika Bulan Ramadhan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge