Steamboat Maeps Bistro

Mulut dah lama tak makan steamboat lah kan. So, google steamboat yang mana dekat dengan rumah. Hari sabtu traffic kan heavy. orang dah berpusu-pusu balik. sekolah dah nak buka lepas cuti seminggu. Search kat google, jumpa Steamboat Maeps Bistro yang paling dekat. Harga? Okeylah..standard makan steamboat charge ikut kepala.

 

 

Birthday Girl

Kira menyambut hari kelahiran Ayra Sufia sekali malam tu. No cake tapi Mr. Ery belanja dinner steamboat. Malam sabtu, ada ‘happy clown’. Belon berbentuk tiara atas kepala Ayra Sufia hasil clown yang buat lah tu. Agak orang tak ramai, terjah gitu jer. Nak selamat, better call buat reservation lah kan. Hujan lebat malam tu, sesat juga dibuatnya.

 

 

 

Makan selagi boleh makan, bayar dahulu sebelum makan

Kena bayar dulu sebelum makan. Pergi kaunter cakap berapa orang dan jenis kategori. Ada 2 jenis kategori samada nak steamboat sahaja atau steamboat & grill. Kami pilih setamboat & grill. Tengahnya kuah tomyam, grill pula kat tepi-tepi mangkuk ni. Makanlah selagi perut boleh terima makanan. Lauk steamboat yang kebiasaan lah kecuali malam kami pergi tu tak ada sotong. Ada nasi goreng, mee goreng, rojak buah, kek, keropok, 4 jenis air, aiskrim.

Baca review orang komen pasal daging dan ayam tak ada perapan,  sekarang dah ada perapan. perapan daging memang sedap. Tapi nak tunggu grill tu, perut kenyang isi benda lain nak tunggu masak. Anak-anak berulang tambah makan nasi goreng.

 

 

Pandai pula kakak pakai chopstick makan mee.

 


 

Harga untuk steamboat sahaja RM29 (dewasa) RM15(kanak-kanak). Harga steamboat & grill RM33 (dewasa) RM18(kanak-kanak). Satu keluarga hanya boleh pilih satu kategori saja. Tak boleh seorang nak makan steamboat sahaja, seorang nak makan steamboat & grill. Kuah steamboat pun hanya boleh pilih satu jenis sahaja antara tomyam dan sup. Agak pedas juga kuah tomyam, berulang anak minum air. Harap akan datang dapat sediakan kedua-dua jenis kuahnya. Bolehlah keluarga emarieys datang lagi.

 

About emarieys

Ema has written 1064 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). ‘s’ di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

11 thoughts on “Steamboat Maeps Bistro Makan Sampai Kenyang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge