Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sudah selesai semalam. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Terima kasih atas ucapan tahniah dari anda semua. Terima kasih banyak. Terharu.

Entri sebelum ini aku ada maklumkan bahawa ini adalah rezeki berganda kami kan. Ya, rezeki berganda kerana aku dan mr.ery telah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun yang sama tetapi organisasi yang jauh berbeza.

Sijil APC
Sijil APC Mr.Ery dan Ema

Dua minggu lalu, Mr.Ery menerima APC dari PPUM dan semalam aku terima APC dari KLN. Sungguh tak sangka.

Pemilihan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Pemilihan penerima APC kepada seseorang yang berkhidmat dengan Kerajaan layak dipertimbangkan jika memenuhi kriteria seperti genap setahun berkhidmat pada hari terakhir tahun dinilai, Markah LNPT keseluruhan mesti 85% ke atas serta penilaian dari segi kegiatan dan sumbangan di luar bidang tugas. Walaupun seseorang boleh buat kerja yang ditugaskan tetapi yang penting adalah attitude seseorang untuk dapat kelebihan.

Majlis APC KLN
Ucapan dari Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman

Penganugerahan APC ini adalah kali kedua bagi aku. Tahun 2005 adalah APC pertama semasa menjawat jawatan Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip). Selepas 8 tahun, APC 2013 kini adalah untuk jawatan Pembantu Tadbir (P/O) setelah jawatan jurutaip dijumudkan.

Seramai 110 orang yang menerima APC 2013 iaitu 73 orang di KLN, IDFR dan SEARCCT manakala selebihnya di perwakilan. Seramai 6 orang penerima APC mewakili SEARCCT. 5 orang sahaja yang dapat hadir sebab seorang masih cuti bersalin.

Penerima APC
Dari kiri : Tuan Faiz, CC Rasidah, Aku, Kak Radziah dan Abang Zainul

Selain menerima sijil APC, insentif lain juga diberikan. Dulu, akan terima tunai RM 1,000.00 tapi sekarang diberikan Sijil Simpanan Premium BSN dengan nilai yang sama.

Sijil Premium BSN

Tempoh matang lama lagi, jadi duduk diam-diam dalam sana.  Mana tahu rezeki dapat kereta pula kan.

Alhamdulillah.

 

 

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

45 thoughts on “Sijil Siapa Lagi Cantik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge