Masalah yang selalu dihadapi bagi wanita bertudung adalah mencari shampoo rambut yang sesuai. Betul tak?  Bagi wanita, rambut ibarat mahkota yang perlu penjagaan rapi. Wanita bertudung akan merasa stress bila rambut mereka menghadapi masalah seperti kelemumur, keguguran rambut, rambut berbau ‘busuk’, kepala gatal dan sebagainya. Jadi, perlulah mencari shampoo yang sesuai untuk rambut bagi wanita bertudung lah kan.. Jangan pula salahkan tudung, terus pergi tanggal. Tak baik tau..dosa. Mengerti.

HAIRDEPOT

Pernah dengar Hairdepot? MamaEma pernah dengar tapi tak pernah singgah pun. Biasalahkan, bila tengok kedai macam Hairdepot, terus terfikir nak masuk buat apa, nak cari apa kat sini. Anggapan pertama mesti “ala, ini mesti kedai untuk non-muslim jer”. Tapi selama ini MamaEma silap, untuk muslim pun boleh dapatkan produk penjagaan rambut di Hairdepot. Bukan penjagaan rambut sahaja, penjagaan badan dan penjagaan kulit pun ada.

Untuk makluman korang, lebih kurang 30 outlet Hairdepot dengan 2000 jenis produk dan kebanyakannya adalah dari luar negara seperti Greece, Australia, New Zealand, France, Italy dan lain-lain.

Shampoo Sesuai Bagi Wanita Bertudung

Minggu lepas, MamaEma pergi outlet Hairdepot di Mall Ikano Power Centre (IPC) bersebelahan dengan IKEA Damansara. MamaEma disyorkan untuk mencuba Set Penjagaan Rambut MEA NATURA- Olive terdiri dari Shampoo, Conditioner dan Mask. Eh, rambut pun ada mask. Ingatkan muka saja yang pakai mask. Lagi satu, MEA NATURA – Olive bukan sahaja produk penjagaan rambut sahaja. Ada mandian, lotion badan, krim tangan dan juga skrub badan.

Rambut tak sama kan, ada rambut kering..ada rambut berminyak. Makanya,  ada dua jenis Shampoo MEA NATURA-Olive  iaitu MEA NATURA Vitality & Shine dan MEA NATURA Strength & Softness. Bezanya MEA NATURA Vitality & Shine untuk semua jenis rambut biasa manakala MEA NATURA Strength & Softness untuk rambut kering atau masalah dehydrated hair.  Kandungan dalam kedua-dua shampoo ini adalah 88%  dari bahan semulajadi, Sles Free, Parabens Free, Propylene Glycol Free, dan paling dititik beratkan untuk muslim adalah silicon free. Ia halal dan telah diuji oleh dermatologi.

Conditioner

Percaya tak, MamaEma selama ini tak pernah beli conditioner tau. Ingatkan, cukup sekadar memakai shampoo…rupanya tidak. Patutlah pakai shampoo pun, rambut tetap macam tu saja, tak bermaya langsung. Bila buka tudung tu, rambut leper macam tak bernyawa…hehehe..dahlah ada bau..eeiii. Cara pemakaian conditioner, sapukan di rambut selepas shampoo dan dibiarkan beberapa minit selepas itu bilas. Kandungan dalam conditioner adalah 94% dari bahan semulajadi dan sesuai untuk semua jenis rambut. Jadi, ia hanya ada satu jenis, tak sama macam shampoo.

Hair Mask.

Conditioner pun tak pernah beli, ini Hair Mask pula. Lagi blurr. Ingatkan muka saja perlu pakai mask, rambut pun ada. Hair Mask ini adalah pengganti kepada conditioner. Oh, begitu. Cara pemakaiannya sama dengan conditioner, bezanya conditioner boleh pakai selalu tapi Hair Mask hanya seminggu sekali dan tak perlu tunggu untuk bilas. Sapu terus bilas.

Sekarang hari-hari MamaEma nak shampoo rambut. Sebab apa? Sebab shampoo MEA NATURA ni berbau wangi..MamaEma suka..eh, Mr. Ery pun suka.. duduk sebelah wife, rambut berbau wangi. Dah berebut pula dengan anak-anak MamaEma, yealah shampoo ini sesuai untuk semua peringkat umur. Cepatlah habis nanti, dah habis MamaEma tak risau boleh cari di outlet Hairdepot yang berdekatan atau beli secara online di website www.hairdepot.my.

Korang yang ada masalah rambut, bolehlah ke Hairdepot. Segala permasalahan dan persoalan tentang rambut boleh diajukan kepada mereka. Layanan staff pun sangat friendly. Kalau bukan untuk rambut, ada juga produk lain yang ada di Hairdepot ini.

Jom follow HAIRDEPOT di :

Instagram: Hairdepot

Facebook: HairDepot

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1061 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). ‘s’ di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

9 thoughts on “Shampoo Terbaik Untuk Wanita Bertudung Ada Di Hairdepot”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge