Perkhidmatan Putaran Masa

Senarai Harga Buku Teks Sekolah Kebangsaan Tahun Satu Hingga Tahun Enam

Pejam celik pejam celik, dah hampir hujung tahun. Anak-anak pun dah habis peperiksaan akhir tahun. Tengah tunggu result keluar di saps. Semak tadi, belum lagi keluar. Tak sabar nak tengok keseluruhan markah anak. Ada juga yang dah tahu result beberapa kertas yang anak bawa balik.

Harga buku teks sekolah kebangsaan

Minggu ini, anak-anak kena pulangkan balik buku-buku teks yang dipinjamkan. Yang mana hilang kena berganti, yang mana rosak pun kena berganti. Pihak sekolah berikan senarai semak harga buku teks dari tahun satu hingga tahun enam. Ibu bapa bolehlah semak harga buku teks sekolah jika perlu ganti. MamaEma tak pasti pula harga buku ini sama atau tak dengan sekolah-sekolah yang lain.

MamaEma pernah beli buku Teks Bahasa Malaysia tahun 5 awal tahun ini. Entah mana hilangnya, sampai sudah tak jumpa-jumpa. MamaEma beli di Pustaka Seri Maju, Bandar Permaisuri. Boleh dikatakan harga buku teks di sana murah. Beberapa hari lepas, ada terima satu mesej bertanyakan tempat untuk mencari buku teks murah. MamaEma syorkan di Pustaka Seri Maju memandangkan dia kena beli semua subjek kerana anak yang bersekolah itu adalah anak angkat yang belum terima permastautin. Kesiankan, dengan keadaan ekonomi sekarang, kena beli buku teks pula. Korang yang baca entri ini, kalau ada yang nak jual buku teks terpakai..maklumkan pada MamaEma. Beliau mencari buku teks untuk tahun 6.

 

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
2 Shares

You may also like...

7 Comments

  1. Very nice info.. saya pun sama.. hampir setiap tahun kena tukar buku sekolah anak-anak
    anuar recently posted…Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November iniMy Profile

  2. Tq for sharing
    Mama pipie recently posted…Anjing dan babi menurut islamMy Profile

  3. kalau nak ganti tu..
    berat juga dengan keadaan ekonomi yang kurang menentu..
    harap anak-anak dapat menjaga dengan baik
    mrhanafi recently posted…Kerja Sambilan Di RumahMy Profile

  4. Khamis ini dah kena pulangkan semula buku teks. Pernah juga anak terbawa pulang buku teks kawan kerana keliru dengan pangkal nama pemilik yang sama, terdapat 5 orang pula tu dalam satu kelas pelajar yang mempunyai nama yang sama, nasib baik BIN lain2. Biasanya murid darjah satu la selalu berlaku.

  5. Jumaat depan anak sy dah kena pulangkan buku teks. Jgn ada yang hilang sudah…
    Mimie recently posted…VESSBROZ – Album Pertama Dengan Artis Dari 5 KontinenMy Profile

  6. Nasib baik laa tahun ni si kembar tak ada hilang kan buku, legaaa

  7. pergh harga buku teks je dah beratus , nasib lah ada skim pinjaman buku ka;lau tak memang agak sesak lah poket ni hihihi
    onlajer recently posted…Pengalaman membeli spinning mop dan alat ganti mopMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge