Hari Ulangtahun Perkahwinan.

Tang mana nak mulakan dulu ni…nak kongsi rasa segan..tapi ada juga blogger yang nak tahu.. blogger anum memang dah tahu.. sebab belajar sama bidang dan tempat.

kenal dengan mr.ery masa sama-sama belajar di Kuantan, Pahang. ema masuk tahun 1999, mr.ery masuk tahun 2000..so, mr.ery ini my juniorlah..dan study dalam bidang yang sama..bidang teknologi elektronik..

ramai yang tak sangka kami bercouple sehingga mendirikan rumahtangga lebih-lebih lagi my lecturer…kawan-kawan sekelas ema pun ingat ema dan mr.ery ni dah kenal lama..mentang-mentanglah mr.ery pun orang kelantankan..walaupun sama negeri..kami memang tak kenal..di Kuantan adalah tempat jodoh kami bertemu…..

hari konvokesyen kami pun sama.. kami konvo di UTM, Skudai, Johor.

Hari Ulangtahun Perkahwinan

Setelah bercinta hampir 3 tahun, bertunang hampir setahun, kami disatukan di Kuala Lumpur bukan di Kelantan..sebab time tu, ema baru dapat kerja kerajaan..sebelum transfer ke KL, ema ulang-alik dari rumah FIL ke Putrajaya…ema tak ada saudara yang ada di KL..lagipun nak dapatkan rumah pun susah..dan nak sewa rumah pun payah..akhirnya, ema dinikahkan di Kuala Lumpur pada 10/10/2004…abah datang sebagai wali…dan tiga orang rakan sama belajar. Ely, Wafa dan Azura pun sama meraikan…kawan rapat mr.ery pun ada…sepupu ema dari Kluang, Johor pun sanggup turun ke KL..dan mom ema yang make-up ema..majlis 10hb itu semata-mata majlis akas nikah dan jamuan makan sederhana di rumah keluarga FIL…ema ambil cuti hanya 3 hari saja untuk majlis nikah ini…bila pergi ke pejabat, ramai yang pelik tengok inai merah dijari..dan mereka dah dapat agak.

Selepas seminggu nikah, ema kena pergi kursus induksi selama seminggu..kesiankan..mr.ery asyik kena tinggal je…hehehehe

Majlis kenduri belah ema adalah bulan Mac 2005..itupun ema buat di rumah mak saudara di Jerteh, Terengganu..perkahwinan kami pelik sikitlah…lepas majlis kenduri belah ema, dah tak ada majlis menyambut menantu.

Ulangtahun Perkahwinan

Setahun bersama, masih belum ada tanda-tanda untuk cahayamata..perasaan takut itu ada sebab keturunan belah mom ema ada yang tak boleh dapat anak…dan ada yang bertanya bila nak ada anak…kami memang tak merancang pun…masih belum ada rezeki masa tu..

Alhamdulillah, setahun lebih menunggu ema disahkan mengandung….perasaan happy dah tak dapat dinilai bila disahkan mengandung…dan sepanjang mengandung anak pertama, ema tak alami alahan yang teruk…cuma teringin nak makan nasi berlauk (nasi putih lauk ikan kuah kuning)..susah nak cari di KL masa itu.

Dan atas rezeki yang ALLAH berikan..ema menerima Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) ketika sarat mengandung Azwa Safriena…

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Majlis APC 2005 ketika sarat mengandung Azwa

Selepas Azwa Safriena dilahirkan, ema merancang untuk kelahiran yang seterusnya…sara hidup di KL ini sangat tinggi.. tapi setelah Azwa berumur 3 tahun, naluri ingin tambah lagi seorang anak untuk buat teman si kakak timbul…

Lepas berhenti makan pil perancang, Alhamdulillah ema disahkan mengandung lagi…dan tidak juga alami alahan yang teruk…cuma tak boleh tengok dan makan ayam…paling gembira anak yang dikandungkan adalah anak lelaki….yang kini diberi nama Aqeel Syafiq..

Setakat ini anak-anak ema memegang rekod…. Azwa Safriena adalah satu-satunyanya cucu perempuan belah keluarga FIL dan Aqeel Syafiq adalah satu-satunya cucu lelaki belah keluarga ema.

Tunggulah siapakah yang akan pecahkan rekod ini….hehehehe

Pregnant Mom

hidung kembang semangkuk..pregnan kan aqeel syafiq

8 tahun bersama mr.ery…ema sangat-sangat bersyukur dikurniakan anak-anak yang sihat

Keluarga Bahagia

Kakak dah besar..aqeel pun dah 3 tahun…

dah elok dah nak tambah sorang lagi kan…

About emarieys

Ema has written 1061 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

One thought on “sempena anniversary…permulaan kenalan dengan mr.ery”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge