Scuba Diving with Muck Dive Kuantan, Pahang

Beruntung tak kami? Selain dapat bermalam di hotel taraf lima bintang, tour ke tempat-tempat best, dapat makan sedap. malah dapat belajar tentang scuba lagi. Mana nak cari hari keluarga macam kami ni.. semua aktiviti-aktiviti disediakan memang terbaik sekali.

Kami bertuah dapat ilmu tentang scuba dengan orang pengalaman seperti Encik Hazrine dari Muck Dive Scuba. Beliau telah memberi penerangan tentang kelengkapan yang perlu ada untuk scuba, peraturan scuba, keselamatan semasa scuba dan sebagainya.

Malah kami turut diberi peluang untuk mencuba sendiri dengan memakai kelengkapan lengkap scuba ini. Selepas diberi penerangan, ada kawan blogger secara sukarela untuk mencuba peralatan scuba ini dan belajar cara-cara pernafasan semasa berscuba.  MamaEma lihat, jika pertama kali, macam agak sukar nak biasakan diri dengan peralatan ini. Kena pandai kawal situasi semasa di dalam laut. Yang penting jangan cepat panik.

Belajar dulu di dalam kolam yea..lepas ni baru ke laut dalam..

Pakej Muck Dive

Di bawah ini disertakan pakej-pakej yang ditawarkan oleh Muck Dive. Oh yea, jika scuba dengan Muck Dive anda berpeluang melawat perkampungan Nemo. Pasti seronok. Suka buat aktiviti scuba? Bolehlah contact Muck Dive Scuba Kuantan.

Anda masih berpeluang untuk dapakan harga special sempena Hari Merdeka ini iaitu MERDEKA DIVE pada 31 Ogos 2017 di mana 2 orang harga RM250 sahaja. Cepat rebut peluang ini…

0132861620 (Zuriana)

Instagram : https://www.instagram.com/hazrineshark/
Fb Page : https://www.facebook.com/muckdive/

About emarieys

Ema has written 1048 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

3 thoughts on “Belajar Scuba Diving Dengan Muck Dive Kuantan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge