Logo KBBA

Sayur murah di Taman Agro Teknologi Mardi Cameron Highlands. Kebiasaannya kalau dah pergi Cameron Highlands, selain minum teh asli, petik-petik buah strawberry, beli bunga kaktus, ramai juga yang beli sayur bawa balik kan. Sayur kat sana segarlah, dah udaranya sejuk. Kiri kanan jalan penuh dengan tanaman sayur di lereng-lereng bukit. Sampai dah tak nampak rupa bukit, nampak putih je sepanjang jalannya.

agro cameron highlands

Balik ke Kuala Lumpur lalu Cameron Highlands agak makan masa lah dari balik laluan Kuala Lipis-Bentong. Bawa anak-anak jalan sebelum nak mula sekolah. Dah lama juga tak pergi Cameron Highlands ni. Awal pagi memang berkabuslah. Kurang jelas penglihatan di depan. Kena hati-hati, jalan banyak berlubang dan tanah runtuh.

cameron highlands

Hanya singgah je Cameron Highlands ni, tak bermalam pun. Lama tak datang, banyak perubahan. Ada shopping mall lagi. Kiranya dari Gua Musang tu, laluan kami dari Simpang Pulai, jalan tak jem. Tapi dari Tapah, memang berderetlah kereta. Nak berhenti pun susah, polis traffic pun ada..silap haribulan salah parking dapat ‘surat cinta’.

Kalau datang hari minggu bolehlah juga singgah pasar malam. Ni tak tahu pun nak pergi mana. First, pergi pasar basah tu. Cari sayur. Mr. Ery sorang yang pergi. Keluar dari pasar, tengok kat tangan kosong. Katanya sayur mahal kat sini. Okey, kita cari tempat lain.

Nampak signboard petik buah strawberry sendiri. Teruslah singgah, nak petik sendiri juga. Sekali tak ada apa pun. Pokok strawberry pun botak, buah pun tak masak lagi. Depan tempat petik buah strawberry ni, ada satu bangunan cantik. sanggup jalan kaki turun bukit, nak bergambar punya pasal di depan The Royal Chateau. Tak pasti, bangunan persendirian atau penginapan kat sini.

cameron highland

Bila baca blog orang yang bercuti di Cameron Highlands, duk bercerita pasal makan ais krim. macam sedap jer kan. “tak sejuk ke makan ais krim di tempat sejuk ni”.¬† Trylah juga makan pai aiskrim strawberry, memang sedap. walaupun makan aiskrim kat tempat sejuk, tak terasa sangatlah gigil tu.. mana sejuk sangat Cameron Highlands sekarang ni. Tengok Ayra tu, pakai gaun je.

pai aiskrim

Nak patah balik singgah kat Kea Farm tu macam tak berbaloi. Tersangkut jem. bazir masa. bazir tenaga. bazir wang ringgit sekali. Dah terus jalan turun ke Brinchang, pergi ke Taman Agro Teknologi Mardi. Nak masuk sini kena bayar RM 3 untuk dewasa RM 1.50 untuk kanak-kanak. Harga tiket pun kira okeylah kan. Tak mahal.

Kat sini ada macam-macam. Ada bunga, pusat jualan, sayur, buah strawberry segala.

bunga kaktus

Kakak dan Aqeel nak beli kaktus, tapi mamanya tak kasi pun, balik rumah konpem kaktus tu mati.

cactus

Nak tunggu sampai lewat petang. nak tunggu ada pasar malam yang buka. last-last tak tunggu petang pun, sebab kat Taman Agro ni pun ada pusat jualan sayur, tomato, buah strawberry kering, strawberry jeruk, serbuk teh, survenior. Terus beli satu tempat.

senyum meleret

Lama juga lepak kat sini. bertahun-tahun dari 2011 hingga 2015. Harap pihak Taman Agro Teknologi ni betulkan jam digital tu. Ini dah tahun 2016 tau.agrotech cameron highland

Satu jer kena bertahan nak lepak kat sini. Kena tahan hidung dari bau baja. Semerbak bau nya. Lebih-lebih lagi kat pokok bunga.taman bunga cameron highlands

Sayur dah beli, buah strawberry dah beli, teh dah beli. Apalagi, perjalanan masih jauh. Jom balik. Esok sekolah.

taman agroteknologi mardi

Lain kali kita datang bermalam di Cameron Highlands barulah seronok. Ada yang nak cari sayur murah di Cameron Highlands, apa kata singgah di Taman Agro Teknologi Mardi, Tanah Rata. Cameron Highlands. Oh yea, ada sayur yang ikut musim tau.

Taman Agro Telnologi buka setiap hari. Hari Isnin tutup kecuali cuti sekolah. Dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

About emarieys

Ema has written 1033 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

10 thoughts on “Sayur Murah Di Cameron Highlands”

  1. Sesekali masuk ‘rumah’ ema ni kakak tengok anak dara dan bujang ema dah tinggi betul. Si comel tu pun kakak rasa ikut jejak parents mereka tinggi. Suka kakak tengok. Kakak pun dah lama tak ke CH. Sana yg best memang sayuran dan bunga yg segar belaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge