Kedai Satay Machang-Kuala Krai. Berderet kedai satay di tepi jalan.

Selalunya pergi makan satay bayar ikut bilangan lidi yang dimakan atau bayar semua ikut tempahan? Korang rasa?

Selalu makan satay banyak beli bungkus. Jadi, memang akan bayar berapa banyak satay yang ditempah. Dan kalau makan di kedai sekalipun, tetap juga bayar dengan harga yang ditempah. 50 cucuk satay tetap bayar untuk 50 cucuk juga. Yealah, selalu pergi makan satay kajang cop Haji Samuri di Awan Besar, kena order nak makan satay apa dan terus bayar situ pastu cari meja yang mana kosong.

Tapi, tidak bagi mereka. Aku sendiri pun pelik. Malam itu, adik bongsu nak belanja makan satay semata-mata kak longnya yang baru sampai dari KL. Bertuah kak long. Sekali bila 3 keluarga datang serbu kedai satay, datanglah orang yang nak ambil order.

Bro : Nak satay apa kak?

Angah : Ma, nak satay apa? Daging atau Ayam?

Ma : Ambil daging sikit, ambil ayam sikit.

Angah : Berapa cucuk?

Ma : Tak tahu nak agak, bagilah 100 cucuk.

Angah : 100 cucuk daging 100 cucuk ayam?

Ma : Macam banyak..takut tak habis.

Bro : Kak, order 100 cucuk. 50 daging dan 50 ayam. Tak habis tak apa. Kita kira yang makan saja.

Ma : Ok.

(Ubah bahasa kalau loghat kelantan lagi sedap bunyinya)

Sekali datanglah satay yang diorder 50 cucuk daging 50 cucuk ayam dengan kuah kacang sebekas kecil seorang.

Sate Daging

Teringin  nak makan satay tak perlu pergi jauh-jauh sampai SINI sebab yang dah dekat dah jumpa. Satay dia memang besar-besar. Tak silap 80 sen secucuk.

Sate Ayam

Tengok piring kuah kacang besar mana. Nak celup satay pun tak rasa puas. Terpaksa minta tambah kuah. Itupun bagi serupa.

My Family

Lepas semua kekenyangan, ada beberapa saki baki satay yang tak habis. Maka, terjadilah benda tak puas hati. Bila nak bayar, anak buah tuan kedai kira harga semua satay. Yang tak habis diaorang bungkuskan siap-siap terus letak atas meja makan. Dia cakap kena kira semua.

Tak puas hatilah, tadi cakap kira yang makan saja. Itu pasal ambil 100 cucuk. Kami cakaplah tadi, bro tu kata akan kira yang dimakan tapi dah habis makan nak kira harga semua pula.

Ma : Dik, minggu lepas kak mari kira satay yang dimakan. Tadi kata boleh. ni kata tak boleh pula. Lain kali tak mari dah kedai ni. nak habis satay cepat buat nayo orang.

My mom memang sound derect je. geram cakap tak serupa buat. Geram sangat, dalam kereta mom ambil gambar kedai satay ini. Cukuplah sekali terkena. Lain kali try kedai sebelah pula. Ingat nak tayang nama kedai dengan nombor telefon sekali. Tapi fikir balik tak apalah. biarkan.

Berani kerana benar takut kerana salah kan. Lepas bayar semua. Elok kita angkat punggung nak beredar. Tengok, tauke kedai satay ni pun angkat punggung juga. Eh, kenapa nak lari. Sekali, adik tengok tauke satay pergi menyorok belakang van.

 

About emarieys

Ema has written 1064 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). ‘s’ di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

41 thoughts on “Satay Bayar Ikut Cucuk Lidi Dimakan atau Bayar Ikut Tempah”

  1. dengan saya sekali naik geram..mungkin pekerja yang ambik order tu pun tak tau diaorang dah ubah cara lama tu…ataupun dia lupa..kalau saya memang dah keluar dah nama kedai dia kat blog..hehehe..

    1. entahlah, rasanya sebab dah malam diaorang nak cepat habiskan sate tu pasal cakap macam tu….mom pergi seminggu sebelum kejadian ini kira lidi yang dimakan je…alih-alih pergi malam tu terus kena kira semua.
      emarieys recently posted…Gulai KalutMy Profile

  2. kot2 pekerja dia tu tersalah bagi information kot. patut panggil pekerja yg amik order tu skali dlm perbincangan. tapi takpe la… boleh bawak balik, bleh makan jugak kat rumah. yang penting, nak tau sate dia sedak ke tidok. kalo sate tak sedap pastu buat perangai gitu, mmg takdpt nak bertahan lama la tu.

  3. Pernah sekali je mkn satay kt kedai. Tu pun ms bukang. Dah ada anak2 ni beli satay bwk blk. Lg senang nak mkn. X hbs blh mkn the next day.

  4. Yang ambil order tu pekerja baru kot? Belum faham lagi.
    Tapi memang stail dulu-dulu kedai2 satay caj ikut berapa yg dimakan. Yang tak habis, mereka ambil dan bakar lagi utk next customer. Tapi mungkin stail gitu dah tak sesuai lagi, So skrg banyak yg caj ikut order. Cuma ya lah, patut be clear tentangnay awal-awal lagi supaya pelanggan tak terlebih order.
    Ismail N recently posted…KK Burger Bakar @ Plaza Kepayan RidgeMy Profile

  5. Baru aje pekena sate kat Satay Station semalam. Kalau kat BP ada juga dulu yang kira berapa yang kita makan. Yang tak habis tak perlu bayar. Ada juga yang bungkuskan bawa balik. Di KL ni takdalah kot. Semua bayar siap-siap ikut berapa nak.
    Mummydearie recently posted…The Liebster AwardMy Profile

  6. Salam. Saya juga menjual sate di dengkil. Tp saya jual lain dari yg lain. Haaa nak tahu apa kelainan sate saya? Meh sini nak habaq kat hangpa. Pakai loghat kedah la nooo kami nie org perak, parit buntaq tp kampung kami dah betoi betoi border seberang prai penang dan border bandaq baru kedah. Ni nak habaq kat hangpa nie nama sate kami SATE POWER tag line kami “SEDAP HABAQ HANG”. Sebenaqnya sate kami macam biasa gak la tp yg powernya pasai apa kami juai waktu makan pagi. Bekpes kata org lanie….ya betoi waktu perniagaan kami start kol 8pagi hingga 3petang setiap hari kecuali jummat. Jumaat cotila cheq noooo. Nie nak habaq kat hangpa jugak kami jugak ada juai mee bandung muar…pun sama ja waktu perniagaannya. Kalau hangpa nak tau power tak power mai la singgah. Berdekatan taman cabaran putrajaya.
    Rasai kelazatan Sate dan Mee Bandung Muar dipagi hari. Hanya satu2nya di sini yg menjual Sate dan Mee Bandung Muar morning2. Alhamdulillah. Morning2 kami dah on Sate dan Mee Bandung Muar.
    Temui kami di Sate Power,
    ? Kg Tok Aminuddin,
    Jalan P5, 43800,
    Dengkil, Selangor.
    Opening hours
    08:00-15:00
    Friday off
    Atau hubungi kami,
    ☎ ………0182091815
    ☎ ………0183552106
    ✉………. satepower@yahoo.com
    FB……….SATE POWER
    Instagram…Sate Power

    Kami juga sedia menerima tempahan bg majlis anda dan kami juga boleh bakar “LiVe” dimajlis anda.

  7. Huhuhu..dlu kedai yang admin pgi tu famous sebb hak milik kak mah sate..skarng kak mah sate berpindah betul2 stesen minyak petron..ramai coustomer masih keliru..n admin singgah bukan origanal satay kak mah..nak inpo wassap no 01137476233..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge