Sambutan Hari Raya di Sekolah. Hari sabtu lepas 2 Oct 2010, kat sekolah kakak ada jamuan rumah terbuka. kebetulan hari yang sama, aku pun ada buat jugak rumah terbuka ni. nasib baik aku punya belah petang dan kakak punya belah pagi. so bolehlah zass ke sekolah kakak.

sebelum makan-makan, ada aktiviti pertunjukkan fesyen pakaian raya. patutlah kakak minta aku pakaikan bedak, eye shadow, lipstik. aku ingatkan nyanyi lagu raya ramai2. tapi buat pertunjukkan fesyen pakaian raya sambil pasang lagu raya.

macam-macam aksi kanak-kanak kecil nie bergaya. malah si adik pun sama buat aksi. aksi teriak. yea, aqeel pun aku bawa sama, dia meragam dan tak sihat masa tu. nanti aku citer pasal si adik kat entri yang lain.

aku dah tak tahu nak citer apa…apa kata layan saja gambar kakak nie…..

nie tengah beratur untuk tunggu turn sorang2 buat persembahan kat atas stage tue
kakak langsung tak pandang kamera kat depan ni. asyik dok tengok cikgunya kat sebelah stage tue duk tunjuk gaya berpusing dan bergelek… takut lupa step kot.

hah, pusing jangan tak pusing kakak

ewah- ewah…. betul tak tue??
ke kiri ke kanan…..

time nie sambil dengar lagu raya… diaorang nie nyanyi entah betul atau entah tak?

excited semua menari
okey…sudah tamat persembahan. amboi kakak nak turun dari stage pun still ada gaya gitu.

kakak nie seorang yang sangatlah aktif dari segi perbuatan, malah dari segi percakapan pun sama. mulut memang tak boleh duduk diam. asyik pot pet pot pet saja.

ada juga pasangan untuk kakak. kaler baju sama. tapi kakak segan nak bergambar dengan budak lelaki nie. tue pasal dia bukan main lagi nak lari. budak lelaki nie tersengih2 saja.

memang tak reti duduk diam. ada saja benda yang dia buat. depan2 orang ramai pun dia dok tayang joget. suara dia jea yang jelas dengar kat dalam dewan tu.

ini kat luar dewan

bersama kawan sekelasnya..aku dah lupa namanya. ada tanya tapi sekarang dah tak ingat. kalau tanya kakak pasti dia tahu…

muka masing2 berminyak bermandikan peluh. biasalah budak2 mesti main kejar2.

tepat jam 12 tengahari, baru aku gerak balik ke rumah. nak kena siapkan makanan untuk rumah terbuka aku punya. tapi aku tak buat kat rumah sendiri, tapi buat kat rumah FIL.

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge