Sambut Tahun Baru Dengan Abah Makan-Makan Di Glewak Cafe

Sambut Tahun Baru Dengan Abah.

Masih mood tahun baru lagi kan. Baru nak kongsi sambut tahun baru. Kali ini dapat sambut tahun baru dengan abah. Last minute balik kampung. Ambil peluang cuti tiga hari sebelum sekolah bermula. Antara dua nak balik ke tak balik sebenarnya. Yealah, bajet dah banyak habis untuk kelengkapan sekolah anak. Nasib baik, jumpa tempat yang murah. Jimatlah.

Dah lama tak jumpa abah. Syukur Alhamdulillah, abah cepat sihat dari serangan strok. Abah kena serangan strok sebelah badan. Sekarang, dah boleh bawa motor, dah boleh solat. Cuma, percakapan saja tak berapa clear.

Balik Kelantan pun dah bertahun tak pergi Kota Bharu. Malam tahun baru, bawa abah ke Kota Bharu tengok adik buka booth di KTC selama 2 hari. Malam tahun baru, malam last.

Sambut tahun baru di Gle’wak Cafe

Malam tahun baru, makan di Glewak Cafe (glewak maksud sibuk). malam tu memang penuh orang. memang glewaklah. sesuai dengan nama cafe. Inilah abah kesayangan kami adik beradik. Sedih, tengok abah. Banyak benda yang abah pendam sebenarnya.

 

 

Abah dikelilingi cucu-cucu. 2 cucu sulung tak join. tolong jagakan booth. Abah, bila dengan kami semua dia akan sedih. Kami adik-beradik yang kena happy-happy kan abah.

 

 

 

Menu Gle’wak Cafe

Abah makan nasi lemak pandan. Mamaema pun makan nasik lemak pandan. Nasi lemak pandan di sini memang sedap. First time, makan nasi lemak warna hijau. Mr. Ery makan lamb chop. Licin. Kak (adik bongsu) order set western. Lupa nama menu. Banyak sangat sampai tak berhabis kami semua makan. Kekenyangan semua. Terima kasih angah. Belanja makan.

 

 

Harga makanan pun berpatutan. Nak buat majlis hari jadi pun sesuai di Gle’wak Cafe ni.

 

 

Lokasi Glewak Cafe

PT 814 & 815, Jalan Seri Cemerlang, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: +60 9-740 5449
FB: gle’wak cafe
IG: glewak_cafe

 

About emarieys

Ema has written 981 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

11 Comment

  1. betul kan ema…abah2 ni jenis banyak pendam dari nak bercerita…kadang runsing yang bukan2 pun ye jugak sampai jejaskan kesihatan…sama la ngan pak mertua saya tu…huhu…
    wahida recently posted…Bismillah Cendol, TaipingMy Profile

  2. Semoga ayah Ema bertambah sihat..kita memang walang kalau orang tua kita jatuh sakit kan…
    Suria Amanda recently posted…Faiz Subri Wira Negara Harumkan Malaysia!My Profile

  3. Mesti ada sebab kenapa abah sedih bila anak-cucu semua berkumpul
    Mungkin terharu sebab ada kasih-sayang di situ

    Bila bersama apa pun hidangan pasti sedap terasa.
    Kakzakie Purvit recently posted…Ragam anak menagih kesabaranMy Profile

  4. Semoga abah awak bertambah sihat…sy ni abah dah dijemput Allah pada umur 61 memang sedih dan selalu terkenangkan dia..
    Elih Japahar recently posted…Bisnes Jual Aiskrim Atas MotosikalMy Profile

  5. Fuhh best tengok juadah tuuuu hehe… anyway.. seumur hidup baru sekali saja penah sampai kelantan.. ntah bila lagi akan dapat peluang hehe

  6. dapat makan bersama memang seronok, nak pula menikmati menu yg sedap nyummeh
    ajumohit recently posted…Aktiviti Pembuka Tirai 2017 | Berpiknik di Fantasi Land, PutrajayaMy Profile

  7. kalau dapat spend masa dengan mak ayah ni memang best

  8. Selamat Tahun Baru, Ema!

    Biasalah orang tua bila dapat berkumpul dengan anak cucu, mulalah akan terasa sedih di hati. Bukan mudah nak merasai suasana berkumpul anak beranak macam ni selalu. Lebih-lebih lagi kalau anak-anak masing-masing di perantauan.

    Menu western set tu memang nampak sedaplah, Ema. Banyak betul, mana nak habis kalau makan sorang.

  9. nama cafe tu takleh blah. so mmg glewak ke kat cafe tu. tp food dia nampak sedap

  10. menarik menu dia
    LYAfrina recently posted…Resepi Udang Buttermilk Mudah & RingkasMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge