Rumah Terbuka bekas bos di tempat kerja. Tengah kusyuk bawak kete nak pergi opis tetiba bunyi mesej hp. tapi selagi tak sampai opis selagi itu aku tak buka mesej tu. bahaya baca mesej sambil drive tau. bila dah aku dah sampai opis dan park elok2 kete kesayangan aku tue, aku pun tengoklah siapakah gerangan yang menghantar mesej pagi2 lagi. anggapan aku ingatkan aku punya bos atau pun rakan sebilik kerja aku, rupanya2 bekas bos aku yang hantar mesej, menjemput ke majlis rumah terbuka dia. tak aku sangka, orang yang dah berpangkat besar ini, masih ingat anak buah dia yang tidak setaraf dengannya ini.

kalau aku seorang yang dijemput, konpem takkan aku pergi. seganlah oiiii… nasib dia ada jemput member sekerja yang lain. yang sempat kerjasama dengan x-boss aku nie dulu. so, kitaorang pun planlah nak pergi bersama, tak adalah tahap keseganan itukan. itupun hanya tiga keluarga saja yang lain2 ada hal masing2. keluarga aku, azrul dan kak nor saja yang pergi.

maaflah gambar kat rumah x-boss ni tak ada. dah sedap menjamu selera dan masing2 pun tak ada pikir2 nak ambil gambar. memang besar rumah x-bos aku nie. namanya dah pegawai berpangkat besarkan. terima kasih kerana sudi menjemput kami semua.

‘SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA X-BOS AKU”

hanya sempat ambil gambar anak-anak aku kat dalam kereta semasa menunggu azrul dan kak nor sampai saja.

anak bapak

rambut sudah panjang. nanti akan dipotongkan rambut itu.

kakak sedang control ayu gitu

Terima kasih bos atas jemputan ke rumah terbuka.

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge