Logo KBBA

Assalamualaikum. Alhamdulillah, Casa Emarieys dah dilengkapi dengan perabot. Dua hari cuti hari minggu pulun tenaga hanya untuk Casa Emarieys ini. Gerak dari KL selepas habis event, jumpanya hari sabtu siang terus ke malam dan hari ahad esoknya..bergerak balik semula ke KL. Nasib baik ada minuman tenaga yang baru dilancarkan ini iaitu KOPI BADANG menemani sepanjang perjalanan kami.

Kelengkapan Dalam Rumah

Kelengkapan terkini yang telah dimasukkan ke Casa Emarieys adalah seperti berikut:

  1. Kipas setiap bilik
  2. Lampu dalam rumah dan luar rumah
  3. Katil single bagi setiap orang
  4. Tilam bagi setiap orang
  5. Sofa dan Bean bags
  6. Meja makan
  7. Almari TV
  8. Set lengkap meja makan
  9. Penyidai pakaian
  10. Rak pinggan

 

Ruang Tamu

 

Master Bedroom

 

Bilik untuk 2 orang

 

Bilik untuk 2 orang. Tilam belum sampai lagi.

 

Area ruang tamu. Rak TV dah ada..TV otw.

 

Dapur masak… tuan sendiri pun kalah tau.

 

Pemandangan dapur menghadap sawah padi.

 

Kenalah rajin masak

 

Meja makan

 

Setiap bilik tidur akan dilengkapi dengan sebuah katil dan almari. Setiap bilik hanya akan ditempatkan dua orang sahaja kecuali bilik utama, 3 orang sahaja.

Masih ada beberapa kelengkapan yang masih belum dibeli. Sedang diusahakan segera. Kelengkapan yang masih belum seperti berikut:

  1. Almari pakaian – sudah ditempah tapi belum siap
  2. Mesin basuh
  3. Televisyen
  4. Peti ais
  5. Meja Study
  6. Langsir – Sudah ambil ukuran, belum beli kainnya lagi 🙂
  7. Karpet
  8. Bantal

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi penyewa di Casa Emarieys boleh hubungi direct ke talian 019-2496678 (Ema). Casa Emarieys dibuka tempahan hanya kepada SISWI sahaja. Bagi mengelak sebarang masalah, bayaran DEPOSIT akan dikenakan untuk tempahan.

Kawasan Luas Boleh Main Bola

Sebelum ini, selalu tengok di bahagian dalam Casa Emarieys. Di sini, MamaEma sertakan beberapa gambar di kawasan persekitaran Casa Emarieys. Bagi siapa yang biasa lalu lalang dari Pasir Puteh ke Machang atau sebaliknya, akan perasan di mana Casa Emarieys ini berada. Sangat menjadi rebutan kerana jarak dari Casa Emarieys ke kampus sangat dekat.

Boleh nampak laluan utama Pasir Puteh-Machang dari Casa Emarieys. Kawasan luas memudahkan penyewa untuk parking kereta di depan. Dua beradik Kakak Azwa dan Abang Aqeel syok main boleh time panas membahang..larang pun tak diendahkan.

 

Pandangan Depan

 

Pandangan Sisi Dari Belakang

Ada nampak tak ada budak kecik tergedek-gedek jalan tepi tu..hehehe.

Pandangan Belakang dari Dapur

 

Sawah padi di belakang, sisi kiri dan kanan

 

Pintu utama di sebelah sisi

Hah, inilah budak yang kedek-kedek jalan.. Orang sibuk nak ambil gambar, dia sibuk juga nak ngekor kat belakang.

“Okey, kakak-kakak yang nak sewa kat sini, kena cepat call mama tau…nanti boleh jumpa Ayra”

 

 

About emarieys

Ema has written 1030 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

5 thoughts on “Rumah Sewa Untuk Pelajar Perempuan UiTM Machang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge