Rumah Dan Bilik Sewa Machang Kelantan

Hostel Haji Haris kini menawarkan penginapan jenis rumah atau bilik kepada mereka yang berminat dengan harga yang amat berpatutan. Hostel Haji Haris ini kepunyaan keluarga mertua saya.

 

rumah sewa machang

 

Di tingkat atas terdapat 10 bilik disediakan dan untuk keselesaan penyewa, satu bilik hanya terhad untuk dua orang saja.

 

HomestayHotel

 

Setiap bilik telah disediakan dua katil bujang yang berasingan, dua almari pakaian dan dua meja study. Setiap bilik juga mempunyai kipas syiling.

 

Bilik

 

Keselesaan terjamin bagi pelajar-pelajar yang menyewa kerana keselesaan amat penting untuk pelajar menimba ilmu dengan tenang tanpa kesesakan.

 

Kemudahan Bilik

 

Jarak antara setiap pintu bilik luas. Pelajar-pelajar boleh berkumpul di ruang legar untuk belajar secara berkumpulan.

 

Ruang Legar

 

Malah kelengkapan di dapur turut disediakan seperti dapur memasak, peti ais dan meja makan. Pelajar boleh masak mengikut citarasa masing-masing. Mesin basuh juga disediakan.

 

Pantri

 

Dijamin tidak akan berlaku perebutan penggunaan tandas mahupun bilik mandi kerana kami menyediakan empat bilik air dan tandas. Di sini suasananya adalah kampung, setiap bilik hanya dipasang kipas syiling dan tidak dipasang penghawa dingin takut nanti anda tidak akan bangun kerana lebih sedap sambung tidur. Di sini, pagi hari sangat sejuk.

Menikmati kopi panas beserta goreng pisang di depan rumah oh nikmatnya. Pelajar mahupun penyewa boleh merehatkan minda di waktu petang dengan melepak di kerusi-kerusi hiasan yang turut disediakan di luar. Ini adalah kelengkapan yang baru sampai.

 

Meja Hiasan Cantik

 

Meja Hiasan Murah

Sambil menikmati kopi panas dan pisang goreng sambil mata segar menikmati keindahan menghijau di persekitaran.

 

Bila tiba musim buah lagilah seronok. Nak manggis, langsat, duku, dokong, rambutan semua boleh merasa. InsyaALLAH. Nak tengok bila tiba musim buah setakat mana lebatnya buah-buahan di sini. Klik SINI.

 

Memas Ajaib 
Lokasi sebenar Homestay/Hostel Haji Haris hasil carian google

 

Lokasi GPRS : 5.758823,102.268901

 

lOKASI

 

Hostel Haji Haris turut menyediakan WIFI PERCUMA . Ya, yang ini paling digemari oleh pelajar dan penyewakan.

 

Pemandangan Homestay

 

Inilah persekitaran Hostel Haji Haris. rumah warna kuning di kanan sekali adalah surau.

 

Sekarang dibuka untuk tempahan bagi pelajar dan penyewa.

Berminat untuk menyewa atau bermalam? Boleh hubung terus di talian:

Haji Haris : 013-6969279

Hajah Maimunah : 013-3110160

atau saya sendiri EMA : 0192496678

About emarieys

Ema has written 981 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

24 Comment

  1. Berapa harga sewa untuk sehari ni?
    Ammar recently posted…KISAH MALAM PERTAMAMy Profile

    1. saya baru letak harga untuk sewaan bilik dan rumah di atas…terima kasih.
      emarieys recently posted…Rumah Dan Bilik Sewa Machang KelantanMy Profile

  2. bagi senarai harga sewa untuk 1 malam..1 minggu..1 bulan..leh ke?
    titan recently posted…Permulaan bulan Mei yang Lumayan.My Profile

    1. dah letak harga untuk sewa bilik dan rumah di atas.
      emarieys recently posted…Rumah Dan Bilik Sewa Machang KelantanMy Profile

  3. Ok gak ni..Faility dia not bad. Kalau hotel full bolehlah singgah sini..
    Raudzah recently posted…Motivasi Pagi: Kita Insan KerdilMy Profile

    1. nampak gaya luas dan boleh main kejar-kejar dalam rumah tu.
      suri recently posted…CPUV Campaigns Nuffnang 9/2014_Olay AQ LighthouseMy Profile

      1. main nyorok-nyorok pun susah nak jumpa..ahaks.
        emarieys recently posted…Satay Bayar Ikut Cucuk Lidi Dimakan atau Bayar Ikut TempahMy Profile

  4. besar & bersih.. siap ada washing machine lagi tu..
    Kalau Zaza ada tujuan nak kesana nnt boleh stay kat homestay ni.. InshaAllah
    Zaza_MyMoon recently posted…Tekanan Dengan Panggilan JAH!My Profile

    1. boleh2x, nanti contact ema..special prize lagi.
      emarieys recently posted…Satay Bayar Ikut Cucuk Lidi Dimakan atau Bayar Ikut TempahMy Profile

  5. kelantan banyak tempat yang menarik ornagnya pun baik hati dan peramah
    suri recently posted…Kasih Tercampak Pada Sepasang Baju Melayu Dan Baju Kurung Moden Kain Kipas BelakangMy Profile

    1. akak mengaku orang kelantan..tp lahir ic ditengah 11 tanda orang terengganu…
      emarieys recently posted…Satay Bayar Ikut Cucuk Lidi Dimakan atau Bayar Ikut TempahMy Profile

  6. Menark Homestay ini… Sesuai untuk rombongan pengantin menyewa di sini..
    Anuar recently posted…Sekitar Penganjuran Klinik UPSR Didik Berita Harian (fasa 1) 2014My Profile

    1. bukan rombongan pengantin saja..nak buat wedding ala taman pun sesuai ni…
      emarieys recently posted…Satay Bayar Ikut Cucuk Lidi Dimakan atau Bayar Ikut TempahMy Profile

  7. tawaran menarik dan selesa . kat kota baharu ker …
    Sis Vee recently posted…Kasihnya Tidak Berbelah bagiMy Profile

    1. dekat dengan UiTM Machang sis.
      emarieys recently posted…Satay Bayar Ikut Cucuk Lidi Dimakan atau Bayar Ikut TempahMy Profile

  8. okayh.nnt gie kelantan falsya tau dh nak kol sape utk penginapan..hehe

  9. bersih tempat ni, kemas je ek
    cik lily putih recently posted…Makan Salmon Di Jaya Grocer, Bangi GatewayMy Profile

  10. Izzuddin Fauzi says: Reply

    Nampak selesa dan lengkap… Macam-macam ada, bukan sekadar nak jadi tempat rehat tidur jer kan 🙂
    Izzuddin Fauzi recently posted…OPPO Find 7 Kini Di MalaysiaMy Profile

  11. cantiknya homestay ni. kemas dan bersih.

  12. Semua ada. Kalau akak la mmg ddk sni. Kt dgn surau lg.
    sal ya recently posted…Pandora Inspired yang cun.My Profile

  13. Nampak bersih dan kemas. Yang penting ada wifi 🙂
    Mummydearie recently posted…The Liebster AwardMy Profile

  14. dari hostel ni nak ke uitm jauh tak? Boleh jalan kaki je ke? Atau kena naik kenderaan nk pergi uitm tuu

  15. […] Dari semasa ke semasa MamaEma akan kongsikan perkembangan rumah baru ini. Bagi yang nak menyewa bilik sahaja boleh klik kat SINI. […]

Leave a Reply

CommentLuv badge