Logo KBBA

Assalamualaikum. Beruntung budak sekarang ni. Sewa rumah semua kelengkapan disediakan. Teringat masa MamaEma belajar di Kuantan dulu, semester 1 tinggal di asrama… semester kedua dan sampai habis dah kena tinggal di luar. Kena cari rumah sewa. Dapat rumah sewa, tapi kelengkapan sendiri carikan.

Dulu, beli almari plastik yang ada zip panjang depan untuk simpan baju. Bertahanlah beberapa bulan, lepas tu koyaklah..zip rosaklah..kayu dalam melengkong lah.. tak pasal-pasal kena cari lain.. Tidur pun atas hamparan kain toto jer.. TV ke, mesin basuh ke, dapur ke..walau kipas sekalipun kena cari sendiri.. share-share dengan penyewa lain untuk beli.

Casa Emarieys Lengkap Perabot

Sedikit demi sedikit dah dilengkapi perabot ke Casa Emarieys. Balik beraya hari itu, pasangkan langsir yang ditempah jahit dengan kawan MamaEma. Jahitan kemas sangat. MamaEma terbeli kain langsir coraknya melintang…kawan MamaEma potong kain langsir ikut corak yang sepatutnya..Almari yang ditempah dengan orang Pakistan pun dah siap..cari lori untuk angkut..

Tanamkan pokok untuk kuatkan tanah

Suasana di waktu malam

Akhirnya, dapat juga bermalam di Casa Emarieys. Dua malam juga tidur sini untuk siapkan kerja menggantung kain langsir. Sampai dua pagi masih menebuk dinding tau..Bila student dah masuk sini, agak susahlah tuan rumah nak bermalam..

Baca: Rumah Sewa Murah Ada Wifi

Bye-bye Casa Emarieys.. kita jumpa bulan September nanti.. Sedih tau. Harap yang bakal tinggal di sini, dapat menjaganya dengan baik. Perasaan risau itu tetap ada..Apapun akan ada perjanjian yang lengkap yang perlu ditandatangan untuk bakal penyewa nanti.

Alhamdulillah, belum sempat gantung banner untuk rumah sewa, Casa Emarieys dah fully booked dah..Mr. Ery cakap “Sayangnya nak bagi sewa ni, mama”.. Selepas bermalam kat sini, lagi bertambah rasa sayang… Doakan yang baik-baik…

 

About emarieys

Ema has written 1030 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

5 thoughts on “Rumah Sewa Lengkap Perabot, Masuk Rumah Bawa Kelengkapan Diri Sahaja”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge