Assalamualaikum

Sayang sungguh nak bagi sewa rumah baru ni. Tapi dari kosong, lebih baik bagi sewa pada student UiTM, Machang. Memang dekat sangat dengan UiTM, jalan kaki pun tak sempat nak keluar peluh. Rumah ini akan siap sepenuhnya dalam bulan April. Sekarang dah 90% siap pembinaan. Tunggu masa sesuai nak balik Kelantan, tengok rumah dan sedia kelengkapan perabot di dalam rumah.

Gambar bawah ini masa balik awal tahun hari tu. Hujan lebat awal tahun, ada sesetengah tempat memang banjir. Alhamdulillah, kawasan rumah tidak ditenggelami air. Jangan risau, walaupun dibina di kawasan sawah padi.

 

 

 

Keistimewaan rumah baru

Rumah baru ini ada 4 bilik tidur, 3 bilik air, ruang dapur (Table-Top), ruang tamu yang luas, kawasan sekeliling sangatlah cantik. pemandangan sawah padi. Pandangan di dalam rumah yang masih dalam pembinaan. Keseluruhan di dalam rumah dipasang tile.

 

 

 

Sinki kat rumah sendiri pun kalah dengan sinki kat rumah baru ni…jeles MamaEma tau. Boleh nampak tak pemandangan hijau dari dapur ni…segar mata pandang sekeliling.

 

 

Pandangan dari bahagian belakang (dapur). Belum siap cat sepenuhnya. Bahagian belakang rumah, kalau rajin bolehlah bercucuk tanam sayur kan.

 

 

Yang ini bahagian depan sebenarnya. Tapi pandangan dari jalan besar, menjadikan ia di sisi.

 

 

Dari jalan besar, akan nampak pandangan rumah yang ini.

 

 

Depan yang tinggi tu jalan besar laluan ke Bandar Machang-UiTM. Jalan ke rumah baru ini akan di tar untuk keselesaan penyewa nanti.  Pagar turut akan di pasang yer.

 

 

Kelengkapan yang bakal disediakan.

Kelengkapan yang akan disediakan untuk keselesaan penyewa nanti seperti:

  1. Katil
  2. Almari
  3. Meja study
  4. Kipas di setiap bilik dan ruang tamu
  5. Peti Ais
  6. Mesin basuh
  7. Dapur masak
  8. Sofa
  9. Penyidai pakaian
  10. Dan lain-lain yang akan ditambah jika diperlukan

 

Dalam rumah ini, MamaEma cuma akan limitkan kepada 8-9 orang penyewa sahaja. Lebih mudah nak menyewa satu rumah terus cari kawan-kawan satu batch ke..satu kepala ke. Paling utama, rumah ini hanya akan disewakan kepada PEREMPUAN atau SISWI sahaja. Berminat kenalah cepat-cepat booked.

 

Whatsapp : “RB” ke 019-2496678

 

Dari semasa ke semasa MamaEma akan kongsikan perkembangan rumah baru ini. Bagi yang nak menyewa bilik sahaja boleh klik kat SINI.

 

About emarieys

Ema has written 1048 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

14 thoughts on “Rumah Baru Untuk Sewa Depan UiTM Machang”

  1. Salam sis, saya student uitm, untuk semesta depan kemasukan bulan september, so rumah ni available lagi tak? Amd berapa sewa dia….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge