Aonang Beach Krabi.

Dah hampir-hampir lupa pasal trip ke Krabi ni. Busy tak sudah-sudah, selepas bercuti ke Krabi tak lama jumpa bulan puasa lepas itu sambung pula raya. Kejap cerita pasal tempat berbuka, kejap cerita pasal raya. Jadi, bulan raya pun sudah habis, kita sambung balik pasal Krabi ni.

Selepas jejak 4 pulau di siang hari, balik hotel rest. Lewat petang sambung pusing kawasan pantai Aonang ni. Nak ke pekan Krabi agak jauh juga walaupun ada van sendiri kan. Dah petang, masing-masing pun perut dah berbunyi. Ayra pun masih kepenatan. Orang syok jalan, dia syok tidur. Lenguh sebelah bahu dukungkan dia.

Krabi Trip 01 Krabi Trip 02

 

Air pun dah mula pasang. Alhamdulillah selesai juga jejak ke 4 pulau dengan cuaca yang sangat baik.

 

Krabi Trip 03

 

Yang lain entah ke mana meronda. Mamaema dah tak larat nak jalan-jalan. Berhenti dekat replika ikan sambil tunggu yang lain datang.

 

Krabi Trip 04

 

Time ni dah tak larat sangat. Terpaksa duduk terus kat tangga ni. Masih syok tidur si Ayra. Orang alih sana sini, tak sedar langsung.

 

Krabi Trip 05

 

Berapa ekor ikan kakak Azwa bawa ke darat tu?

 

Krabi Trip 06

 

Krabi Trip 07

 

Cuci Mata Di Kedai Pantai Aonang

Patutlah lama diaorang ni meronda. Cari survenior bagai. Lepas tu kena pula ‘pow’ dengan maknyah kat tepi jalan. silap diaorang beria ambil gambar dengan maknyah. sekali kena bayar…itulah cara mereka cari makan. nasib baik mamaema tak terjebak.

 

Krabi Trip 15

 

Dekat Pantai Aonang inilah, tempat sohor yang jual banana pancake. Memang sedap sungguh. Patutlah ramai yang suruh try bila sampai ke Krabi. So, wajiblah kena try siapa yang nak datang sini. Ada juga di Hatyai, tapi tak sama dengan Krabi punya.

 

Krabi Trip 09

 

Ais krim kelapa pun sedap

 

Krabi Trip 08

 

Baru lepas hujan. Ini menuju ke restoran untuk makan malam. Tak cukup makan banana cake dan ais krim semata. Krabi Trip 10

 

Termenung tokey kita buat keluar duit.

 

Krabi Trip 12

 

Krabi Trip 13

 

Ramai orang datang makan sini. Harga pun kira okey juga.

 

Krabi Trip 14

 

Restoran Bangboo Seafood. Restoran halal. Senanglah cari restoran halal kat sini. Tak perlu risau.

 

Krabi Trip 11

 

Selain restoran halal banyak, hotel pun banyak. Datang terjah tanpa booking pun boleh dapat hotel merata-rata. tak perlu risau pun.

 

About emarieys

Ema has written 1063 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). ‘s’ di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

13 thoughts on “Merondalah Kita Tepi Pantai Aonang Krabi Ni”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge