Suka seafood? Kami laki bini memang suka seafood. Kategori hantu seafood lah. Nasiblah jenis yang tidak elergik dengan seafood. Eh, makanan lain pun ada..masakan panas pun ada. tapi bila google, terus tergoda dengan masakan seafood di restoran ni.

Ini review dari MamaEma sendiri yer.. dari duit poket sendiri..eh, duit poket orang lain. sebab dia yang belanja. Okey, MamaEma pernah baca orang komen katanya masakan di restoran dah tidak sedap dan servis lambat. Tapi MamaEma tetap pergi, biar sendiri rasa.

Restoran Sahabat Bandar Kinrara

Malam tadi, kali kedua pergi. Angah dan mom ada, si angah yang nak belanja. Kali pertama pergi tak sempat buat entry. So, kita kasi lamsam terus sekalikan. Padahal yang first itu sepatutnya buat entry dulu…yealah, sambut my birthday.. bulan Oktober. Tapi tak apalah kan…masuk juga dalam blog…hehehe. Yang ni, kami order masakan dengan pakej untuk 4 orang makan, itupun banyak lauk lebih..meratahlah.. pakej yang ada ikan siakap (boleh pilih nak masak apa), seafood, tomyam goong, sayur (boleh pilih nak sayur apa), satu jug jus.

kakak baca doa selamat untuk mama.

 

Rupa tomyam seafood tak nampak pinggan

Semalam mom dan angah datang KL ada urusan. Datang kejap, dah gerak balik Kelantan pun. Malam tadi, angah suruh cari tempat untuk dinner. Biasanya, MamaEma bawa pergi makan ikan bakar, tapi bila MamaEma dah cuba sekali di sini..MamaEma pun nak kasi mom dan adik rasa. Walhal mereka alergik makan seafood, resdung. Adik MamaEma si angah ni memang tidak berkira bila ada rezeki lebih. Sepatutnya MamaEma yang belanja sebab mereka datang, tapi ini sebaliknya. Semoga murah rezeki untuk angah.

Kali ini ambil pakej yang lain, mula tu nak order pakej yang sama macam MamaEma makan..tapi adik yang pergi order yang lain…yang lebih marvelous, mengancam bila tengok. Pakej yang ini pun tetap ada pilihan masakan untuk ikan siakap. Tak berubahlah masakannya…masak stim limau juga. memang power kuah dia..sedap tak terkata.

Korang nampak apa? Nampak lauk seafood jea kan.. Ini tomyam seafood. Dalam pinggan ada mangkuk, dalam mangkuk ada kuah dan isinya. Memang tak nampak pinggankan.. Sekali datang atas meja, terbeliak biji mata…hahaha.. Betul ke ni lauknya? Giler banyak wey. Ada ketam, sotong, udang, lala, pepahat, oyster. Perghh, sotong pula yang ada telur..berebut nak makan..

Memang puas hati sangatlah makan di Restoran Sahabat. Rugi kalau korang tak try tau. Tengah karang entry pun, teringat yang makan malam tadi. Orang kata servis lambat, tak adalah lambat sampai 2 jam kena tunggu, orang ramai ikut turn lah. Tukang masak pun sampai 4 – 5 orang tau. Kan masak kejap-kejap, tak sedap pula.. korang complain juga. MamaEma rasalah, ini masakan seafood thailand agaknya. tomyamnya dicampur dengan santan.. tukang yang ambil order pun loghat thai pekat sungguh.

MamaEma suggest kan, korang cuba sendiri.. Kadang-kadang tekak tak sama rasa. Yea tak?

 

About emarieys

Ema has written 1064 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). ‘s’ di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

5 thoughts on “Restoran Sahabat Makan Sedap Lauk Seafood”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge