Logo KBBA

Assalamualaikum. Kenapalah dah hujung-hujung puasa ni badan semakin lemau. Malas-malas nak buat kerja..nak update blog pun malas.. Penangan nak beraya ke? Tapi mood nak raya pun so..so jer.. tak adalah excited sesangat. Hari ini rasa mengantuk yang amat. Sangat-sangat letih badan. Selama berpuasa hingga hari ini pun, tak ada lagi yang terbabas sahur.. Ada satu kali saja nyaris nak terbabas, bangun jam 5.15 pagi. Tak sempat panas lauk pun..makan pun main telan.

Dan biasanya hujung-hujung Ramadhan, nak masak berbuka pun dah tak ada mood kan. Nak gantung kuali sampai habis cuti raya. Iyea tak?

Buka Puasa Di Restoran Cina Muslim Mohd Adam Ali

Menu Meja Kami

Boleh dikatakan setiap tahun dijemput untuk berbuka puasa di Restoran Cina Muslim Mohd Adam Ali. Alhamdulillah, moga sentiasa dimurahkan rezeki kepada pemilik restoran ini. Isteri pemilik restoran ini adalah pegawai tempat kerja Mr. Ery. Tahun ini, lebih ramai orang yang join..  dan setiap meja dihidangkan dengan masakan yang berbeza. Macam kami, menunya Sweet Sour Talapia, Nestum Butter Prawn, Marmite Chicken, Crispy Butter Mantis, Long Bean Firs Eggs, Double Boiles Beef Soup, Brocolli Fried Mix, French Fries, Mix Fruits, Nasi Putih.. Meja yang lain menunya Talapia Steam Tauchu, Prawn with Salted Egg, Wet Butter Chickep Chop, Ginger Slice Fried Beef, Fried Shark with Crab Meat, Mix Vegie, Mix Fruits… Hidangan sampingan Nasi Goreng Cina dan pelbagai jenis air.

 Tak sempat nak snap menu satu-satu. Memang masakannya sedap belaka. Semuanya licin. MamaEma suka ratah Marmite Chicken tu..masin-masin lemak manis.. Inilah lokasi Restoran Cina Muslim Mohd Adam Ali yang MamaEma pergi.

 

22G & 24G, Jalan Puteri 5/1, Bandar Puteri, Puchong, Selangor, Malaysia

Tel: +603 80612955

Operation hours: 11.30am – 10.30pm (Monday – Saturday), Closed (Sunday)

About emarieys

Ema has written 1021 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge