Kuih Keria Gula Melaka

Yang viral kuih keria gula melaka antarabangsa, yang tak viral kuih keria sira gula melaka mamaema punya. Hahaha, sajalah nak share resipi kuih keria sira gula melaka dari mamaema. Mamaema bukan mahir sangat masak memasak ni. Dalam banyak-banyak entri, baru dua kali share entri resepi.

 

Resepi Kuih Keria Sira Gula Melaka

Resepi kuih keria sira ni sama saja dengan resepi kuih keria gula melaka. Sira ni maksudnya salut dengan gula melaka. Orang Kelantan sebut sira. Fenomena kuih keria gula melaka punya pasal, mamaema cuba buat juga. Bahan-bahan untuk buat kuih pun senang sangatlah.

 

 

Bahan-Bahan

  1. Beberapa ketul ubi keledek – Mamaema pergi giant beli 3 ketul orange sweet potato. Orang cakap pakai ubi keledek oren lembik, tapi mamaema try okey saja.
  2. Tepung gandum
  3. Tepung beras

Bahan-Bahan Sira

  1. Gula melaka
  2. Gula pasir
  3. Air

Cara-Cara Penyediaan

    1. Kupas kulit ubi keledek. Masukkan ubi ke dalam periuk yang berisi air. Rebus ubi sehingga empuk/lembik. Letak sedikit garam.
    2. Dah rasa ubi keledek dah lembik. Angkat dan toskan.
    3. Lenyek ubi keledek sehingga lumat. Nak cepat lumat pakai alu lesung batu.
    4. Dah agak suam-suam ubi keledek, masukkan tepung gandum dan tepung ubi. Gaul rata. Ingat, jangan campur air yer. Ubi keledek pun dah lembik. Dah sebati, biarkan sebentar. Mamaema simpan dalam peti ais sekejap..dalam 10 ke 15 minit.
    5. Keluarkan dari peti ais, uli-uli doh..buat bentuk seperti kuih donat. Letak atas pinggan yang disapu sedikit tepung.
    6. Doh kuih dah siap. Goreng dengan minyak yang banyak. Warna coklat dah nampak, angkatlah.

 

  1. Untuk sira, kalau gula melaka jenis seketul besar..hiris sikit-sikit. Masukkan dalam kuali. Masukkan sedikit air dan gula pasir. Panaskan kuali dengan api sederhana.
  2. Dah agak menggelegak air sira pekat. Masukkan kuih keria dan kacau sehingga sebati.
  3. Angkat dan biarkan ia sejuk. Terus makan kan lecur bibir. Mamaema tak ada jaminan.
  4. Dah habis. basuh pinggan.

Tak menjadi tetap dipuji.

Mamaema punya kuih keria menjadi sira tak menjadi seperti kuih keria gula melaka. Salutan gula melaka tak kering ketul-ketul pun. Walaupun tak menjadi kuih keria yang viral satu dunia, kuih keria sira mamaema sedap juga. tak cukup kami berlima makan. dengan 3 ketul ubi, dapat juga 18 biji kuih keria. Puas hati bila buat sendiri kan.

 

 

Si kakak suka sangat makan kuih keria ni. Bahan-bahan kuih keria ni boleh juga buat kuih cekmek molek. Okey, lepas ini mamaema buat cekmek molek pula..ermmmm sedapnya..Selamat mencuba.

 

About emarieys

Ema has written 1063 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). ‘s’ di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

2 thoughts on “Resepi Kuih Keria Sira Gula Melaka Sedap Menjilat Jari”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge