Rantau Panjang Tempat Beli Barang Murah

Assalamualaikum

This Is Rantau Panjang.

Dah bertahun tak pergi ke Rantau Panjang, Kelantan. Rantau Panjang tempat paling dekat dengan sempadan Thailand. Peniaga-peniaga kat sini, banyak yang jual barang dari negara seberang. Harga pun biasa-biasa. Tak murah dan tak mahal. Orang luar suka borong Toto Narita dan Periuk Belanga. MamaEma kat sana beli anak tudung 2 helai RM10.

Yang sampai ke Rantau Panjang ni, asalnya pergi rumah sepupu di Pasir Mas. Big Boss nak asah skill pancing ikan. Katanyalah. Berapa ekor ikan bawa baliklah tu. Tak kuasa nak mengikut dua beranak ni, MamaEma stay kat rumah sepupu Mr.Ery. Plan nak ke Munduk, tempat orang cari beras siam tapi cuaca panas sangat dan tak sesuai bawa Ayra keluar. Melepaklah kat rumah sepupu Mr.Ery.

 


 

Boring ke Abang? Dah agak dah mesti Abang boring. Siapa suruh ikut. Hehehe. Nasiblah ada buaian tu. Tertidur juga si Abang tunggu dapat hasil.

 


 

Sepupu Mr.Ery kalau pergi mengail, mesti sangkut. Bila tengok dia post kat facebook gambar ikan yang dikail tu, naik geramlah Mr.Ery nak try juga. Itu yang sanggup juga pergi ke Pasir Mas.  Dah bawa ke tempatnya,  berjam-jam tunggu, seekor ikan pun tak nampak bawa balik. Mana ikannya bang?

 

 

Tanda Aras Sempadan.

Inilah tanda aras sempadan Malaysia-Thailand. Memang dekat. Lagi-lagi dengan rumah sepupu Mr.Ery ni. Dapur dia, aliran sungai dan seberang sungai itulah sempadan Thailand. Kita duduk jauh takut nak pergi sempadan, mereka yang sebelah, rileks saja. Tak ada apa-apa. Yealah, sana kan negara bergolak.

 

 

Last-last, pergi sana tak ada bawa balik apa-apa. Ikan tak dapat, beras siam tak beli. Bawa balik penat dan letih jea.

 

About emarieys

Ema has written 1139 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
2 Shares
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

2 thoughts on “Rantau Panjang Tempat Beli Barang Murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge