Profesor Cendol Layan Diri Tambah Percuma

Tertarik terus pandangan mata warna merah dan kuning ni. Gara-gara tertariklah ni, tersinggah kat kedai Profesor Cendol yang baru buka di Machang, Kelantan. First time dengar, tak sangka lah pula dah banyak cawangannya. Awal pagi kita makan cendol lah yer. Hari minggu, banyak pula kedai makan yang tutup.

First impression, luasnya kawasan, bersih pula tu. orang pun ramai. Perut yang dah memang tahap lapar tak makan pagi lagi, nak berisi dengan cendol. korang rasa boleh kenyang ke? Nampak ada nasi goreng dengan ikan goreng seekor. Lega, ada nasi. Kegembiraan perutku di situ. Mr. Ery yang pergi order. Yang boleh ditambah percuma ais cendol dan tambah nasi percuma, tambah ikan bayar RM2. Lupa yang boleh ditambah percuma, sepatutnya ambil 3 cendol jer kan..lain-lain kita tambah jer..tapi diorder setiap seorang.

 

 

Sabar yea anak, tahu tengah lapar juga. Jangan digoncang meja makan kedai orang. kena marah nanti. Kesian, lapar sangat yea. Ayah tengah ambil makanan di belakang tu jer.. sabar.

 


 

RM2 Cendol Semangkuk, Tambah Percuma

Cendol sedap, siap bertambah-tambah lagi diaorang. MamaEma yang tak tambah, sebab lapar nak makan nasi. Teringin nak makan cendol letak isi durian tu.

 


 

Inilah nasi goreng ikan seekor. Tambah nasi goreng percuma, tambah ikan goreng kena bayar. Kalau tak salah MamaEma lah. Dengan perut tahap kelaparan sangat, baca Bismillahirahmanirahim. Masuk mulut nasi goreng. Ya ampun, kenapa pedas sangat nasi gorengnya. Tak boleh tahan pedas dia. Terus terbantut nak makan nasi. Nak suapkan Ayra pun tak boleh. Pedas. Yang orang suka pedas bolehlah makan, MamaEma jenis yang tak makan pedas pun.

Ikan goreng bukan ikan goreng yang biasa, ini ikan goreng pekasam. Lagi, MamaEma tak makan.  Makanan yang ada masa tu cuma nasi goreng, cendol dan rojak buah sahaja. Terus, isi perut dengan rojak buah dulu.

 


 

Menu tak sama dengan negeri-negeri lain

Bila MamaEma google, cawangan-cawangan profesor cendol trademark memang cendol.  Lain-lain menu tambahan tak sama. Ada yang jual nasi ayam, mee sup, mee goreng. Lepas ini, MamaEma cuba profesor cendol yang lain lah pula, bagaimana rasanya kan.

 

 

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

11 thoughts on “Profesor Cendol Layan Diri Tambah Percuma Makan Sampai Kenyang”

  1. Terima kasih puan ema dan semua pelanggan2 kerana mencuba profesor cendol machang
    Maaf diatas segala kekurangan kami akan improve dari masa ke semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge