Logo KBBA

Program PERMATA Insan™ ini merupakan strategi menjana cendekiawan Islam dari bakat anak-anak kecil bagi membangunkan tradisi keilmuan Islam yang terbilang, sesuai dengan kemajuan teknologi terkini.

Kini, Saringan Pertama Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian PERMATAPintar UKM1 telah bermula dari 1 Februari hingga 31 Mei 2014. 

Klik Banner untuk mendaftar

Pencarian Pelajar Permata Insan

Program Permata Insan dibuat kepada semua sekolah rendah di seluruh Negara, sekolah rendah agama negeri (SRAN), sekolah rendah agama rakyat (SRAR) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Syarat-syarat kemasukan dan proses pemilihan adalah seperti berikut:

  1. Program ini terbuka kepada pelajar lapan (8) tahunwarganegara Malaysia dan beragama Islam sahaja

  2. Pelajar dikehendaki menduduki ujian IQ UKM1 yang diambil secara atas talian (Online) dan semua pelajar boleh mendudukinya di lokasi masing-masing.

  3. Semua calon yang berjaya ujian IQ UKM1 akan mengambil ujian IQ UKM2yang lebih tinggi tahap kesukarannya.  Ujian UKM2 merupakan satu lagi ujian kecerdasan yang dibina oleh UKM untuk menyaring pelajar Permata Pintar. 

  4. Kelulusan dalam ujian UKM 2 ini akan melayakkan pelajar mengambil Ujian USIM 1 iaitu bagi menguji kecenderungan dan kebolehan dalam pengetahuan Islam, membaca al-Quran, Hafazan, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Tulisan Jawi.  Lokasi ujian dikenalpasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut taburan calon dalam situasi yang terkawal. Ujian USIM 1 mengandungi bentuk penilaian seperti berikut iaitu:
  • Ujian bertulis iaitu untuk menilai tahap pengetahuan dan amalan akidah, feqah, sejarah, tajwid dan kebolehan menggunakan tulisan jawi, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
  • Ujian membaca al-Quran dan Hafazan iaitu menilai tahap kebolehan membaca al-Quran dan Hafazan dengan betul dari segi kefasihan, tajwid dan taranum.
  • Temubual Ibu Bapa atau Penjaga.Temubual ibu bapa atau penjaga juga dijalankan semasa pemilihan.  Tujuan temubual ini adalah untuk melihat tahap komitmen ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak dan persetujuan untuk bekerjasama dalam menjayakan program Permata Insan ini sekiranya anak mereka terpilih.

Pendaftaran sangat mudah. Selepas daftar, boleh terus menjawab soalan-soalan yang diberikan. Pastikan anak menjawab sendiri dan ibu bapa perlulah jujur.

Test IQ Permata Insan
Azwa sedang menjawab soalan

Selesai menjawab, anak akan terus mendapat sijil penyertaan. Jika terpilih untuk peringkat seterusnya. Ibu bapa akan dihubungi melalui emel.

Sijil Permata Insan

Layari http://permatainsan.usim.edu.my/

About emarieys

Ema has written 1021 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

21 thoughts on “Permata Insan USIM”

  1. Baguslah idea ni. Teringat kisah anak saya. Bawa balik kertas ke rumah dan katanya suruh di tulis tangan di tempat kosong. Sekali tengok memang print out, tapi seboleh-boleh disuruhnya saya tulis tangan pada kertas tu. Anak saya belum mendaftarlah, sempat lagi kot!
    Mummydearie recently posted…I ‘mc’ lah you …My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge