Logo KBBA

Lepas kes hantar surat terbuka ke SRA awal tahun baru ini. Alhamdulillah, akhirnya permohonan Azwa  untuk belajar  di SRA berkenaan diterima tanpa banyak soal.

Kesian, tengok budak-budak sekarang macam tak ada masa rehat. Balik dari sekolah kebangsaan, mandi tukar baju terus pergi sekolah agama. Balik sekolah agama, masa terluang baru boleh siapkan kerja sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama sendiri.  Kalau dulu, malam tidur lewat tapi sekarang belum jam 9.00 dah lena.

sekolah agamaZaman pendidikan sekarang semua nak ke hadapan. Bila sekolah agama, banyak juga matapelajaran yang dipelajari. Kadang-kadang aku sendiri tak boleh nak bantu kakak Azwa untuk buat kerja sekolah. lebih-lebih lagi Bahasa Arab. Maknya tak belajar Arab.

Baru-baru ini kakak Azwa ujian awal tahun. Biarpun kakak Azwa dapat markah rendah, aku tak kisah. Sebab kakak Azwa dah rugi satu tahun tak belajar sekolah agama.

Ujian Sekolah Agama
Keputusan ujian awal tahun.

Syukur Alhamdulillah selepas tiga bulan belajar di sekolah agama Kakak Azwa dah lancar membaca tulisan jawi. Kalah maknya. Dia lagi cepat.  Dan keputusan ujian awal tahun dia pun membanggakan aku.

 

About emarieys

Ema has written 1021 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

24 thoughts on “Tiga Bulan Selepas Sekolah Agama”

  1. Azwa jenis terang hati. Walau tertinggal setahun tapi pick-up cepat. Tahniah dari auntie sayang. Bangga juga macam mama Azwa melihat pencapaian yg begini.

    Kalau hari sekolah sekarang ni Ema memang agak letih anak-anak kita. Sekolah kebangsaan setengah hari, dah tu ke sekolah agama. Malam nak tuisyen dan buat homework lagi, Jadi kita pun kena kuat sama. Tinggalkan tv bila hari sekolah – itu cara kakak. Tapi bila cuti bagi mereka rehat sepenuhnya. Nak baca novel atau menonton berilah..
    Kakzakie Purvit recently posted…Nilai RM100/- dan biskut keringMy Profile

  2. Alhamdulillah, berjaya juga Azwa masuk sekolah agama ya. Belajar perlahan-lahan nanti tentu saja maju ke hadapan 🙂
    Tengok budak-budak sekarang ni memang terasa penatnya. Kesian kadang-kadang tapi nak buat macamana. Kalau tak belajar dari sekarang bilalah lagi nak belajar!
    Mummydearie recently posted…Adik ke IkeaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge