Seronok bila tengok anak-anak masuk larian. Terkedek-kedek anak yang umur 4 tahun berlari. Mulalah ada aksi menangis tak nak lari, menangis sebab takut dengan ramai orang, menangis sebab tengok ada yang muka berconteng bagai. Pengalaman pertama untuk anak-anak MamaEma sertai larian yang melibatkan orang luar. Kira persaingannya besarlah. Itupun si kakak tengok budak pakaian fit sukan dah rasa gerun.

Awal pagi gerak dari rumah naik grab..perkhidmatan mudah. Hanya MamaEma tiga beranak yang pergi. Mr. Ery tolong jagakan Ayra. MamaEma tak pernah sampai lagi KL Tower ini, selalu nampak menara dari jauh saja. Masa sampai destinasi ikut grab tu, blurr.. mana tempatnya. sebab ikutkan maps diberhentinya tepi jalan. Lepas tu MamaEma cakap pada pemandu grab “maaf saya pun tak tahu, ini first time sampai sini. katanya tempat hutan macam tu, mungkin jalan ni kot, tak apalah saya turun sini dan jalan kaki saja”. Tapi pemandu grab hantarkan kami bertiga ke atas. Bila ada nampak orang pakai baju sukan oren di bus stop. Terus minta berhentikan di situ sahaja. Ada van pula yang akan hantarkan ke atas. Tak ada banner pun pasal larian ini.

Selain ada hutan dalam bandar, ada upside house down juga lah kat sini… Alahai, duduk di KL bertahun-tahun.. langsung tak tahu.sungguh katak di bawah tempurung kan.

Sebelum mula berlari, ada nanyian lagu kebangsaan dan sedikit senaman renggang otot untuk anak-anak dengan lagu baby shark, chicken dance dan lagu kita juara ke..entah…hehehe. tengah excited rakam video dan snap gambar anak lelaki menari malu-malu. haih.

Ada 3 kategori larian untuk anak-anak. Tiger untuk anak berumur 10-12 tahun jarak larian 3KM, Rabbit untuk anak berumur 7-9 tahun jarak 1.5KM dan Caterpillar untuk anak berumur 4-6 tahun jarak 0.8KM. Anak-anak MamaEma kategori tiger dan rabbit. Yang dilepaskan dulu, kategori tiger, lepastu rabbit dan caterpillar.

Eh, dah sampai ke penamat. Kejap sangat, macam jarak tu tak sampai sepertimana yang diwarwarkan..tapi okeylah, dekat…hehehe. Tahniah untuk kakak dan abang yer, berjaya juga tamatkan larian, walaupun bukan dapat nombor satu.

Ada rintangan ke?. Puas tunggu di tempat mula..ingatkan akan habiskan di situ, rupanya garisan penamat di tempat lain. Patutlah tak nampak sign finish..lol. Anak-anak seronok juga walaupun penat berlari, maknya penat merakam. Mana tak seronok, sampai garisan penamat, terus disarung medal dan dapat aiskrim lagi.

Side Activities

Ada side activities yang disediakan antaranya bermain dengan arnab., Si Aqeel tak sabar-sabar masuk kandang arnab nak main. Dipujuk rayu dengan mamanya suruh belikan arnab yang dijual RM35 seekor. Seriau pula bila tengok ramai orang dari arnab dalam kandang tu, takut terpijak.

Panggil apa ni? Jump street ke.

Okeylah kan, dapat sijil penyertaan.

Pengalaman yang best untuk anak-anak dan MamaEma. So, dah boleh latih anak macam mamanya..suka sukan olahraga. Penganjuran Kids Eco Dash ini meriah walaupun ada sedikit kekurangannya dan boleh diperbaiki.

  1. Saiz baju tidak sama dengan ukuran. Boleh tukar pada hari kejadian.
  2. Tak ada banner atau bunting event ini di kawasan terdekat kecuali di tempat larian dan khemah.
  3. Tak ada informasi tentang trek larian.
  4. Agak bahaya bila anak-anak berlari di atas jalan bertar. Boleh menyebabkan anak-anak luka bila jatuh lebih-lebih semasa nak mula..

Akan MamaEma teruskan untuk anak-anak sertai lagi larian seperti ini. Mereka pun enjoy, mamanya apa lagi kan.

 

About emarieys

Ema has written 1061 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

One thought on “Pengalaman Pertama Anak-Anak Sertai Larian Kids Eco Dash 2.0 Best Tapi….”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge