Stop Workplace Bullying

Ingatkan dah pupus sikap membuli di mata masyarakat. Tapi, tidak sama sekali. Sikap membuli masih wujud tidak kira di rumah, di sekolah, di universiti mahupun di pejabat. Ada pembuli lelaki, ada pembuli perempuan. Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kejadian pelajar UPNM yang meninggal dunia akibat didera dengan menekap seterika wap oleh rakan kerana dituduh mencuri laptop. Alfatihah untuk Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Tapi tahukah anda, situasi membuli ini juga wujud di kalangan organisasi atau di tempat kerja? Banyak kajian telah mendapati bahawa pentadbir merupakan pendera utama di tempat kerja iaitu antara 50% dan 90% pada masa ini.

Contoh-Contoh Penderaan

Membuli – Bertindak untuk merosakkan “Kesihatan Kakitangan Sasaran” dan harga dirinya, hubungan dengan keluarga dan rakan-rakannya, kehidupan, ekonomi, atau kombinasai daripada kesemuanya.

Mobbing – Cemar nama baik, penghinaan, ugutan, sindiran, pengasingan atau khabar angin.

Kesan negatif ke atas kesihatan psikologi-emosi:

Rasa tidak puas hati di tempat kerja, perasaan negatif (misalnya berasa terdesak, tidak cekap, tidak mencukupi, rasa malu, rasa bersalah, segan, ragu-ragu, kesepian, terasing), hilang tumpuan kerja, pemikiran yang keterlaluan sehingga menggangu kehidupan, rasa tidak percaya, sinis, kerisauan, keletihan emosi, compulsivity, burnout, kekeliruan, kejutan, ketakutan kronik, sociophobia, serangan panik, hypervigilance, kemurungan, gangguan keresahan, berfikir untuk membunuh diri dan tekanan gangguan posttraimatic (PTSD).

Langkah -Langkah Mengatasi:

  1.  Menghubungi perkhidmatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan syarikat.
  2.  Menghubungi penyelia yang bertanggungjawa terhadap kesihatan dan kesejahteraan pekerja.
  3. Memohon pertukaran tempat kerja.
  4. Mengumpul bahan bukti.
  5. Mengenalpasti sekutu-kutu.
  6. Berkongsi pengalaman-pengalaman dengan mangsa lain.
  7. Mengelak daripada menyalahkan diri.
  8. Mendapatkan bantuan ahli keluarga dan rakan.

Dari ‘Abdullah bin Umar r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud,

“Yang disebut dengan muslim sejati adalah orang yang selamat orang mulism lainnya dari lisan dan tanggannya” – Sahih Al Bukhari, No.10

Berhati-hatilah dengan sikap pembuli senyap di organisasi, untuk mengelak dari perkara yang lebih buruk, mohonlah untuk tukar tempat kerja.

 

About emarieys

Ema has written 1064 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). ‘s’ di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

8 thoughts on “Penderaan Senyap Dalam Organisasi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge