Assalamualaikum

Pendaftaran Murid Tahun Satu

Permohonan untuk mendaftar anak ke sekolah tahun satu kini telah dibuka mulai 1 Mac sehingga 30 April 2017. Kena alert lah dengan tarikh yang diberikan. Jangan sampai anak keciciran untuk belajar yer. Umur anak yang 5/6 tahun perlu daftar awal untuk masuk ke tahun 1 di sekolah yang dipilih.

Bagi sesi 2018 – Anak-anak yang lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012

Bagi sesi 2019 –  Anak-anak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013

 

Cara-Cara Daftar Anak Tahun Satu

Hadir ke sekolah yang dipohon (2minggu dari tarikh permohonan). Bawa beberapa dokumen yang PENTING seperti:

 

  1. Sijil Lahir/Sijil Anak Angkat (asal & salinan)
  2. Bil Utiliti (Bil TNB/Air/Telefon) (asal & salinan)
  3. Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga (asal & salinan)
  4. Surat Nikah/Surat Cerai (salinan)
  5. Surat Hak Penjagaan/Perintah Mahkamah (Jika Berkaitan) (asal)
  6. Laporan Doktor dan Kad OKU (Jika Berkaitan)

 

Jika tidak berjaya ke sekolah yang dipohon. Modul rayuan online akan dibuka pada 16 Julai 2017 hingga 30 September 2017.

 


 

Seronok tau bila anak-anak dah mula masuk tahun satu ni. Hari pertama sekolah, macam-macam ragam yang boleh dilihat. Anak-anak sekarang dah cerdik pandai. Dah tak ada yang menangis lagi untuk ke sekolah. Anak-anak MamaEma si kakak dah tahun 5, next year dah UPSR. Si abang tahun 2.. Ayra pula lambat lagi untuk masuk sekolah.

 

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

11 thoughts on “Pendaftaran Murid Tahun 1 Bagi Negeri Selangor Dan Putrajaya”

  1. Ya betul tu.. seronok hantar anak-anak masuk tahun 1.
    Terutamanya, kalau anak pernah belajar pra sekolah di sekolah yg sama.. excited bukan main. Tak sabar nak cerita dkt kawan2 tentang beg sekolah, kasut sekolah, bekas pensil dan sebagainya..
    Ialah masa pra sekolah mereka dpt tengok jer abang2 kakak2 pakai baju sekolah.. Sekarang mereka dah pakai baju sekolah yg sama..
    anuar recently posted…Sifu FBAds Student Irfan Khairi yang sangat cemerlangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge