Minyak Herba Asmak Penawar Asma Penawar Luka

Minyak Herba Asmak Original Penawar Jari Melepuh Elergi Sabun.

Minyak herba asmak yang original keluaran Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) sebagai  penawar asma untuk bayi dan kanak-kanak. Tetapi mamaema pakai minyak herba asmak untuk merawat luka jari melepuh. Sejak kebelakangan  ini, tangan mamaema agak sensitif dengan sabun pencuci pinggan mangkuk. Mamaema sejak dari dulu memang pakai sabun pencuci botol hijau ni, tapi sejak sabun pencuci ini tukar bungkusan, teruk kesannya pada tangan mamaema. Malu mamaema nak bersalam dengan orang. Apatah lagi nak tunjuk. Paling teruk lukanya pada jari.

minyak-herba-asmak

Mamaema pergi ke farmasi, farmasi bagi ubat sapu. Mamaema pergi ke klinik kesihatan, klinik pun bagi ubat sapu dan ubat cuci. Bila datang gatal, memang tak boleh bayangkan betapa gatalnya. Menggaru hingga luka habis semua jari. Tak cukup menggaru mamaema gosok-gosok pada kain atau baju untuk hilangkan rasa gatal yang amat. Bila keadaan melarat, sekali lagi mamaema pergi ke klinik. Kali ini klinik swasta sebab tak tahan sangat. Jari habis luka dan pedih. Nak masak pun tak boleh apatah lagi untuk membasuh. Doktor suntik antibiotik, sebab luka kat jari semakin teruk, terkoyak kulit dan berdarah. Kesian Ayra, dua hari tak dapat minum susu badan.

minyak-asmak2
Pedih. Gara-gara menggaru tak henti.

Sampai bila nak harapkan ubat klinik bila tangan masih elergi lagi walaupun dah cuba pelbagai sabun pencuci kan. Mamaema dapat tahu, Minyak Herba Asmak boleh merawat luka. Sebelum ini mamaema sangkakan Minyak Herba Asmak hanya untuk merawat penyakit asma atau lelah saja. Mamaema silaplah.

Hasil mamaema sapu minyak selama seminggu. Alhamdulillah, jari mamaema semakin sembuh. Luka-luka pun dah hilang.

minyak-asmak-mujarab

Penyakit Sembuh Dengan Minyak Herba Asmak.

  1. asma, semput, lelah
  2. batuk, kahak
  3. selsema
  4. gigitan serangga
  5. sakit perut
  6. bengkak
  7. lenguh-lenguh
  8. buasir, sembelit
  9. senggugut
  10. sakit gigi
  11. migrain, sakit kepala
  12. ulser.

ASMA atau ASMAK?.

Ramai kat luar sana yang keliru perkataan Asma dengan Asmak. Perkataan dari “asma” kepada “Asmak” adalah kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak membenarkan perkataan penyakit seperti Asma, Kencing Manis, Darah Tinggi pada produk kesihatan. Pilihan nama “ASMAK” kerana ia membawa maksud “kemuliaan” di dalam bahasa Arab. Dalam sejarah Islam, wanita yang bernama Asmak adalah antara wanita pertama yang memeluk agama Islam.

Keisimewaan Minyak Herba Asmak.

Kandungan Minyak Herba Asmak menjalani R & D lebih selamat, lebih suci, dan tidak ‘overdose’ dengan bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi. Minyak Herba Asmak ini berangin dan sangat mesra kulit serta sesuai untuk disapu pada kulit bayi sebab tidak panas kerana peratusan alahan pada herbanya tersangat rendah.

minyak-asmak

Cara Penggunaan Minyak Herba Asmak

  • Batuk dan Asma – Sapu pada tapak kaki, labu betis, bawah pelipat, dada di bahagian depan dan belakang secara menyeluruh, tengkuk, leher dan kawasan bawah dagu.
  • Selsema – sapu di kawasan dalam hidung, atas hidung, batang hidung hingga ubun-ubun. Jika demam dan batuk sapu di dahi.
  • Sakit Gigi – Sapu bahagian luar pipi dan kawasan gigi yang sakit dengan menggunakan putik kapas.
  • Kembung Perut, Sembelit – Sapu di perut, pinggang, labu betis dan tapak kaki.
  • Luka – Lap kering bahagian luka dan sapu minyak (serdak minyak) di atas kawasan luka.
  • Benjol, Lebam, Sakit Urat – Sapu di tempat yang sakit.
  • Migrain, Sakit Kepala – Sapu sekeliling dahi, tengkuk dan leher.
  • Sakit Pinggan & Lenguh – Sapu di kawasan yang sakit.
  • Cirit-Birit dan Sembelit – Sapu di bahagian bawah perut (ari-ari).

 

https://youtu.be/HLBXflrroDI

 

Minyak Herba Asmak Original.

Awas, mamaema dapat tahu ada di luar sana ada yang cuba meniru bungkusan seperti Minyak Herba Asmak. Pastikan yang original dan sila dapatkan dari pengedar sah syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) yang ada No ID sahaja. Jika ada keraguan, boleh minta ID pengedar. Boleh hubungi terus :

Hotline HQ : +6019-970 8897

Website Rasmi : http://mham.com.my

Website | Instagram |Fb Page | FB | YouTube

tabung-minyak-asmak
Kotak bungkusan boleh dijadikan tabung

minyak-herba-asmak

1 ISI RUMAH 1 BOTOL MINYAK HERBA ASMAK MUJARAB

About emarieys

Ema has written 981 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

5 Comment

  1. Alhamdulillah.. satu lagi testimoni yg ikhlas tentang Minyak Herba Asmak Original.. semoga ramai yang mendapat manfaat daripadanya..
    anuar recently posted…5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blogMy Profile

  2. wahh, bagus manfaatnya, thanks sharing ye

  3. wah. info sangat bagus. Tq sharing ye
    Malaysia Sentral recently posted…Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2017My Profile

  4. rsamai juga tulis pasal minyak asmak ni. semoga ada manfaat
    raihanah recently posted…Cara Jaga Kesihatan Ibu Hamil Dengan GDMMy Profile

  5. Alhamdulillah… Serasi

Leave a Reply

CommentLuv badge