Disclaimer

MAKLUMAN DAN PENAFIAN BLOG

Assalamualaikum wbt…

Blog emarieys.com adalah blog santai dan cerita peribadi bagi tujuan memberi sesuatu yang positif untuk pembaca. Gambar dan video di dalam blog ini diambil dan digunakan adalah dari sumber sendiri, media sosial, group, blog, serta laman web melalui google. Admin blog tidak melakukan sebarang perwakilan terhadap ketepatan atau kesempurnaan mana-mana maklumat di blog ini atau ditemui dengan mengikuti mana-mana pautan di laman blog ini.

Kepada pemilik sumber berkenaan, diharap dapat mengizinkan kegunaan sumber berkenaan. Jika pemilik tidak membenarkan kegunaan sumber darinya, sila hantarkan emel kepada admin blog di ema7044@gmail.com beserta bukti hak milik peribadi atau intelek sumber tersebut bersama sebab yang munasabah. InsyaAllah, emarieys.com akan segera mengeluarkan sumber tersebut dari blog ini.

Semua posting di blog adalah untuk bahan bacaan dan tontonan sahaja, tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada, setiap posting juga tidak berniat untuk mempengaruhi sesiapa. Admin emarieys.com tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kesilapan atau ketinggalan maklumat. Pemilik tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian, kecederaan atau kerosakkan daripada paparan atau penggunaan maklumat dari blog ini. . Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Jika sebarang sumber dan informasi yang terkandung dalam mana-mana artikel hasilan dari blog ini, admin blog boleh mengubah, mengalihkan atau mungkin memadamkan artikel tersebut sekiranya perlu.

Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengambil sumber dari blog ini, penulis berbesar hati mengizinkannya asalkan ianya digunakan untuk perkara yang baik. Namun begitu diharap dapatlah sekiranya memberi kredit/backlink ke blog ini http://emarieys.com – Sesungguhnya… Segalanya adalah hak milik Allah SWT… kita hanya meminjamnya seketika. Adalah dilarang sama sekali untuk print screen untuk tujuan apa sekalipun yang mana, admin blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap pelaku.

Harap maaf jika terdapat entri yang berulang-ulang di dalam blog ini. Untuk makluman juga, setiap entri, post, isu, imej atau berita di blog ini tidak semestinya benar, kemungkinan ada kesalahan, kekhilafan, kekeliruan, penipuan, dan kesilapan yang tidak diketahui sama ada secara sedar atau tidak sedar. Ianya hanyalah perkongsian dimana kesahihan atau tidak, ia bergantung diatas penilaian pembaca sendiri. Sila lakukan rujukan dari mereka yang lebih arif dalam bidangnya untuk mendapat kepastian.

Dasar Komen Blog

Admin blog ini berhak untuk memadamkan mana-mana komen yang dihantar kepada blog ini tanpa notis yang disifatkan:

  1. Sebagai SPAM
  2. Komen yang kurang sopan
  3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh menyakitkan hati
  4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X – AM Bab 2 – Kesalahan dan Penalti Tambahan

Seksyen 233: Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang —

(a) dengan menggunakan mana2 kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar–

(i) membuat, mewujudkan atau meminta2; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa2 komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana2 perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana2 orang di mana2 nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan–

(2) Seseorang yang secara sedar–

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa2 komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana2 orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan satu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua2nya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas persabitan.

Sumber Rujukan:

http://www.skmm.gov.my/