Dah lama terliur nak makan laksa. Sejak bersalinkan Ayra, tak makan lagi laksa. Orang dulu-dulu cakap tak baik makan laksa selepas bersalin, nanti sakit urat. Ikut pesanan orang tua hingga sekarang tak makan. Lama betul tunggu hampir 2 tahun setengah. Walhal selepas setahun dah boleh makan.

Rasa agak dah lama tak pergi makan di MMA Corner, Nilai terus cakap dengan Mr. Ery. Jom kita pergi ke Nilai, tempat makan Mee Udang besar tu. Tekak ni nak makan laksa. Dah lama teringin bila mana Kak Laila sendiri ada post di facebook pasal Laksa Sarang ni.

Link: Mee Udang D’Laila

Laksa Sarang dari D’Laila

MamaEma dari awal memang dah aim nak makan laksa bila sampai sini. Dah habis laksa MamaEma makan, anak-anak pula baru cakap nak juga. MamaEma makan laksa sarang, anak-anak order laksa biasa. Memang sedap sangat kuah laksanya..memang cukup rasa. hirup kuah macam minum air.

Terpaksa menunggu anak-anak siap makan. Aqeel pula tak habis, makanya sambung balik MamaEma habiskan laksa dia. Banyak sangat katanya.

Di Mee Udang D’Laila MMA Corner satu-satunya tempat kalau nak makan telur mayong. Setakat yang MamaEma tahulah. Mr. Ery tak lepas dengan telur mayong asam pedas kalau datang sini..itupun jika tak makan mee udang. Asalnya, nak mee udang kupang..tapi kupang tak ada.

Inilah orangnya..owner D’Laila.. Kak Laila..dikenali juga Kakak Viral. Dah beberapa kali jumpa, tapi Kak Laila tak berapa ingat. Maklumlah ramai kawankan.. dari dia tak ingat kita..lebih baik kita kenalkan diri dulu.. Alhamdulillah, dah cam pun. Hehehehe.

Sampai menyenget nak bergambar dengan Kakak Viral ni…hehehe. Terima kasih Kak Laila. Lepas ni, nak try shellout pula..Tapi tak ada di MMA Corner, ada di Kuarters KLIA.

Korang patut cuba Mee Udang dan Laksa Sarang di sini. Ini alamatnya:

D’Laila Mee Udang
MMA Santai Corner
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

 

 Oh yer, kalau korang pakai waze ke apa,  jangan pula keliru bila tak nampak D’Laila Mee Udang ni… dah jumpa signboard MMA Santai Corner dah betul. Kedainya di belakang.

 

About emarieys

Ema has written 1061 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

5 thoughts on “Pekena Laksa Sarang di MMA Corner, Nilai”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge