Pakai Deeja Cosmetic Jerawat Kecut Kulit Muka Tegang

Assalamualaikum.
 

Umur dah nak dekat 40 tahun mulalah risau tentang kulit di wajah. Kulit jadi kusam, kedut-kedut halus pun dah mula nampak. Tengok cermin pun tak nak. Lebih sakit hati, jerawat tumbuh bak cendawan kat muka. Aduh, mentang-mentang dah lama tak bendera merah, jerawat membiak dengan jayanya. Sakitnya hatiiii. Tak boleh jadi, kena cari produk untuk hilang semua masalah kat muka.

 

Pilih Produk Deeja Cosmetic

Pertama kali dengar produk Deeja Cosmetic masa slot iklan drama 7 hari mencintaimu. Pelakon Sherry Ibrahim yang jadi duta. Suka tengok Sherry Ibrahim,orangnya cantik dan lembut, kulit wajahnya pun licin. Hai, teringin nak kulit wajah macam dia juga. Rezeki orang kata, tak lama ada offer untuk MamaEma cuba sendiri produk dari Deeja Cosmetic.

 

 

5 produk dalam satu set

Memang tak sabar sangat nak cuba produk Deeja Cosmetic ni. Ada 5 produk dalam satu set kotak. Ada sabun pencuci, toner, krim siang, krim malam dan krim malam (nano). Sabun pencuci bau sangat wangi. Geram nak sapu kat badan sekali..eh.

 

Toner nano.

 

 

Krim siang, krim malam dan krim malam (nano). Krim malam (nano), dipakai selepas sapuan krim malam yer. Yang krim malam (nano) pakai tak perlu setiap malam pun.

 

 

Baru-baru ini, pergi camping di Bagan Lalang, Sepang. Tak akan lupa MamaEma bawa set produk Deeja Cosmetic ni. Maklumlah, berkelah di pantai yang panas terik, lagi berkedut kulit wajah ku. Set yang comel sangat ni memang mudah untuk dibawa, letak dalam handbag pun muat sangat.

 

Dah beberapa hari pakai, MamaEma rasakan kulit wajah semakin menegang. Jerawat pula dah berkurang, jerawat batu pun dah mengecut. Wah, seronoklah kan.. Terus nampak mudalah MamaEma lepas ni. Kalau ada yang tanya umur MamaEma berapa sekarang? I cakaplah umur baru 20-an…eh, boleh caya ke?

 

 

Eh, tak percaya lagi, mari baca testimoni adik kita yang ni. Gara-gara terpecik minyak panas kat muka. Tinggal kesan parut teruk tau.

 

 

Gara-Gara Minyak Panas

Apa yang korang akan lakukan sebaik terkena minyak panas? Bukan sedikit ye tapi sebahagian dari kulit muka korang. Inilah mimpi ngeri yang berlaku kepada adik ini. Kulit wajah adalah aset besar terutama bagi wanita. Sakit, sedih dan risau semua ada bila berlaku kejadian sebegini. Sebaik terkena minyak panas adik ini mendapatkan rawatan dari hospital.

Tapi kerana bahagian yang terkena itu agak banyak dan sudah tentu masa yang diperlukan untuk sembuh lebih lama. Pada awalnya adik ini memilih gel aloe vera untuk merawat luka dan berharap gel ini dapat membantu menghilangkan parut pada wajahnya.

“Saya kena minyak panas tu ada dalam sebulan mcm tu la lepas tu saya dah tak pakai apa-apa skincare cuma sapu gel alovera je. Gel alovera tu cuma untuk baik luka-luka tu je nak hilangkan parut tu memang susah dan ambik masa lama jgk la.

Tapi dalam sebulan tu muka dah jadi berminyak, tak bermaya, jerawat pn mula la tumbuh tapi parut tak hilang-hilang juga.Saya jadi down sangat-sangat dengan masalah muka sy bila setiap kali tengok cermin, nak keluar rumah pn malu. kalau nk keluar rumah kena make up tebal-tebal, tapi make up mana boleh tahan lama. lama sikit je dh merekah.”

Dek kerana tak tahan dengan masalah kulit yang semakin menjadi jadi, dia mula mencari ikhtiar lain. Dengan lambakan pelbagai produk di pasaran dia lebih berhati hati dalam produk yang terbaik dan bermutu. Apa yang penting produk tu selamat, mendapat pengiktirafan dari KKM dan mampu menghilangkan parut besar pada wajahnya.

 

Selepas Sebulan Penggunaan

“Saya cuba tengok-tengok produk skincare di facebook. Mulanya nak try set skincare lain, tapi tak tahu mcm mana saya boleh tertarik nak mencuba produk deeja cosmetic ni lepas tengok testimoni-testimoni yang cukup banyak dari pengguna. Saya nak tahu kesannya berbaloi tak dgn masalah parut saya yang teruk ni. Tak sangka akhirnya mmg produk ni terbukti berkesan. Banyak parut saya dah hilang hanya sebulan pemakaian dengan konsisten. Alhamdulillah husband dan family saya pun berpuas hati dengan perubahan ni. Masa mula-mula nak cuba skincare saya paling takut ada pengelupasan.

Tapi inilah yang buat saya sangat-sangat puas hati dengan deeja cosmetic bila parut kat muka saya dirawat tanpa apa-apa pengelupasan dan tak ada pedih-pedih. Saya mula menggunakan Set Deeja Cosmetic 5in1 dan diamond foundation dan alhamdulillah sebulan lebih bersama Deeja Cosmetic kulit saya dah bertambah baik. Jerawat pun dah kurang kulit lebih halus dan lembut dari dulu”

 

Tengok kesan sebulan penggunaan, parut dah semakin berkurangan tu. Dah percaya ke tak? Dah percayalah kan. Apa tunggu lagi dapatkan produk Deeja Cosmetic untuk u all kat sini.

 

Instgram: @deeja_cosmetic-hq

Facebook : Deeja Cosmetic Hq

Tel : 0196495950 /0192495950 / 0192785950 / 0176535950 / 0199459362 / 019252683

“Nak Cantik Gebu ??? Haruslah Deeja Cosmetic”

 

 

About emarieys

Ema has written 981 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

8 Comment

  1. Puashati jugak pakai Deeja ni, berkesan untuk kulit.

  2. Boleh ke lelaki pakai produk ni?
    Amran recently posted…Cara Bijak Guna Duit BR1MMy Profile

  3. Selalu dengar iklan Deeja kosmetik ini diputarkan di radio.
    akubiomed recently posted…Semburan minyak wangi Romano pelengkap jejaka maskulinMy Profile

  4. dah makin femes gak deeja kosmetik skrg

  5. macam2 produk sekarang ni ya

  6. mcm2 produk ada kat pasaran skrg kan…
    deeja ni mmg femes dah kan…
    wahida recently posted…result UPKK abangMy Profile

  7. antara set lengkap kecantikan yang terbaik..kita suka

  8. ni sheery ibrahim duta kan..
    lya skarng dh 1 thn ++ xpakai apa2 pom produk..
    lyafrina recently posted…Nikmat kesihatan adalah segalanya…My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge