Orang Kelantan Suka Berniaga Dan Ini Perniagaan Mereka

Assalamualaikum.

Orang Kelantan Suka Berniaga

Betul ke orang Kelantan ini suka sangat berniaga? Siapa-siapa yang pernah pergi Pasar Siti Khadijah, majoriti peniaga adalah wanita kan. MamaEma sendiri pun dah lama tak pergi sana. Balik Kelantan memang jarang sangatlah pergi Kota Bharu. Orang Kelantan memang suka berniaga, tak kira berniaga sepenuh masa mahupun part-time.

Macam MamaEma sendiri, dikelilingi dengan orang-orang yang suka berniaga. Dari keluarga sendiri hinggalah ke kawan sekolah. MamaEma sendiri pun suka berniaga. Pernah kena tipu hampir 4K, tetap juga nak berniaga. Tahun lepas, berniaga di bulan puasa. seronok sangat. Paling best, malam raya tak tidur semata-mata nak berniaga. MamaEma dibesarkan oleh keluarga dari rezeki berniaga. Abah bekerja dengan syarikat Singer hingga berhenti dan buka perniagaan sendiri. Abah berniaga membaiki dan menjual mesin jahit. Sekarang pun masih membaiki mesin jahit. Mom MamaEma dulu berniaga pinggan mangkuk, perabot, dari rumah ke rumah secara ansuran. Masa kecil-kecil selalu ikut mom ‘kutip hutang’ dalam kampung-kampung.

 

Cari Makan Dengan Berniaga

Tak kira orang Kelantan atau bukan, ada yang dah bekerja masih cari side income dengan berniaga part time. Siang hari bekerja makan gaji, malamnya berniaga burger, jual di pasar malam, jual atas talian, buka booth, dan macam-macam. Dengan berniaga ramai yang senang lenang hidupnya. Contoh Datuk Seri Vida, dari orang biasa-biasa bekerja sebagai cikgu kini usahawan terkenal yang berjaya.

Adik beradik kaki bisnes

MamaEma dikelilingi dengan orang-orang yang suka berniaga. Apa perniagaan mereka jalankan? MamaEma kongsikan orang-orang terdekat MamaEma yang suka berniaga ini.

 

Habesah Jusoh – Panggilan Kak Na

Pemilik Butik Astana Pengantin

Lokasi : Pasir Puteh, Kelantan

Facebook: Butik Pengantin Astana

Contact: 0133986734 / 014-5346020

Waktu Operasi : Buka setiap hari

 

Pemilik Butik Astana Pengantin ini adalah mom MamaEma sendiri. Dah lama mom berniaga dalam bidang butik pengantin ni. Nak tunang, nak nikah, nak naik pelamin boleh singgah ke butik. Nak ambil makeup saja pun boleh. Pembaca blog MamaEma nak dapatkan harga diskaun, bagi tahu jer. Eh, bolehkan mom..hehehehe.thgjgj

 

Emma Nadia – Panggilan Angah

Founder Beauline Cosmetic

Produk : Foundation C3

Lokasi: Bangunan Plaza MARA, Pasir Puteh, Kelantan

Website: Beauline Cosmetic

Facebook: Foundation C3

Contact: 014-5033488

Waktu Operasi : Sabtu-Khamis

 

 

Nama nak sama dengan MamaEma mesti dah syak adik beradik ni. Memang pun. Ini adik MamaEma no-2, itu pasal panggilan nama angah. Mana-mana dia pergi, dia akan bawa nama angah. Dari 3 beradik, angah yang paling suka berniaga. Berniaga sepenuh masa dalam bidang kosmetik. Sebelum ini angah buka butik pengantin juga. Tukar bidang, sebab nak tumpu pada anak-anak. Permulaan, angah keluarkan produk kosmetik foundation C3. Alhamdulillah, semakin dikenali foundation C3 ini. Angah sekarang tengah cari agent yang berminat untuk join team. Sesiapa berminat, boleh contact no di atas.

Pelbagai Jenis Perniagaan Yang Diusahakan

Hasmawaty Haris – Panggilan Has

Perniagaan : Emas 916 , Batik Sutera Kelantan, Rumah Sewa Machang

Facebook: Hasmawaty Haris

Contact: 013-9426003

Waktu Operasi : Atas talian

 

 

Siapa Hasmawaty Haris? Has ni adik ipar MamaEma. Fulltime kerja makan gaji. Partime berniaga batik sutera Kelantan, Emas 916 dan rumah untuk disewa di Machang. Dia pandai berniaga atas talian ni. Mesej di handphone berbunyi saja. Kejap orang tanya pasal kain batik sutera la, kejap orang tanya harga emas la. Kain batik sutera dia dah sampai ke Brunei Darussalam pun. Kalau bulan puasa, nak serunding daging/ayam/ikan boleh order dengan Has ni. Serunding dari Kampung Laut, Kelantan yang femes tu. Nak tengok koleksi kain batik sutera kelantan dan emas 916 boleh klik link facebook. Nak tengok rumah untuk disewa di Machang, Kelantan. Boleh klik SINI.

 

Nik Amiruddin

Perniagaan : Food Truck

Facebook: Nasi Gulai Abe Nik

Contact: 013-9084884

Lokasi: Depan Petronas Damai Perdana & Tabung Haji (rabu sahaja -waktu makan tengahari)

Waktu Operasi : 5:00pm – 9:00pm

 

 

Lori hitam Nasi Gulai Abe Nik berniaga nasi ala-ala nasi Kak Wok. Masakan nasi gulai abe nik, pakai rempah ratus dari negeri Kelantan. Lokasi tetap di depan Petronas Damai Perdana, tetapi ada hari berubah juga. Hari rabu ada di depan bangunan tabung haji. Hari ini, ada di Putrajaya sempena Pertandingan Robotik, Education Space Challenge 2017. Nak jamu kawan-kawan ke, mesyuarat ke, majlis-majlis ke, boleh contact nombor di atas. Penghantaran ada.

 

Pn Eita

Perniagaan : Studio Apartment

Facebook: Orkid Studio Apartment

Contact: 016-4103533

Lokasi: Kota Bharu City Point, Jalan Ismail Hilir, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi : Setiap Hari

Puan Eita ni sahabat baik sekolah MamaEma. Dari suri rumah, sekarang dah berjinak ke arah perniagaan. Eita buka Orkid Studio Apartment untuk bagi sewa pada orang yang datang bercuti ke negeri Kelantan. Dari sebuah Apartment kini dah bertambah. MamaEma dapat tahu, cuti sekolah akan datang pun dah ramai yang sudah membuat tempahan. Sesetengah orang, tak suka stay di hotel kan, jadi pilihan mereka adalah studio apartment. Mana yang datang ramai-ramai lebih baik sewa studio apartment. Lokasi sangat strategi. Dekat dengan tempat membeli belah dan pasar siti khadijah. Balik Kelantan nanti, MamaEma nak try satu malam di sana.

 

9/10 Punca Rezeki Dari Perniagaan

Okeylah, itu saja yang sempat MamaEma kongsikan. Masih ada lagi kenalan dan saudara mara yang berniaga. InshaALLAH ada peluang MamaEma kongsikan lagi. Mudah-mudahan urusan perniagaan ini dipermudahkan dan diberkati.

 

INSHAALLAH

 

 

About emarieys

Ema has written 976 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

8 Comment

  1. bagus emma…buat promo mcm ni kat blog..promosikan adik beradik dan kenalan terdekat…
    terbaekkk emma…
    wahida recently posted…resepi lasagna roti terlajak senang dan lazatMy Profile

  2. mmg majoriti orang kelantan suka bisnes

  3. memang perlu pun ad bisnes sendiri sekarang dengan ekonomi sebegini

  4. kagum tengok semangat dan usaha yang ditunjukkan untuk berjaya dalam bisnes, really inspired la ema, moga maju jaya dalam bisnes ema
    ajumohit recently posted…Bayaran upah jaga bayi, caj transit, mengaji dan yuran KAFAMy Profile

  5. Masa kerja kilang kat gelang patah dulu ramai orang kelantan kerja.
    KJSD recently posted…Cara hilangkan rasa takut berniagaMy Profile

  6. setuju… dalam tak sedar kekawan akak yang gile berniaga ni memang kelantanese..
    Aziana recently posted…Kekurangan Iodin Ketika Mengandung Menyebabkan Bayi Kecacatan Mental Selamanya!My Profile

  7. Kakak tumpang gembira melihat saudara seagama kita maju ke depan seiring dgn bangsa lain
    Bukan semua org ada talent utk buat business ni Ema.

    Syabas buat semua!
    Kakzakie Purvit recently posted…Ada airmata dalam kelegaan kamiMy Profile

  8. setuju..lya pon knl ramai org kelantan..
    y femes kat kemaman ni dinie kopitiam, pom org kelantan owner nya…
    lyafrina recently posted…Nikmat kesihatan adalah segalanya…My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge