Sebulan dah Syawal, dah habis beraya pun tapi semalam masuk bulan baru masih ada yang buat open house. seronoklah aku boleh gantung kuali.Berderet jemputan open house tahun ini. Alhamdulillah, murah rezeki semua.

 

RIMUP RAYA

Aku pun tak tahu apa maksud RIMUP. Bro Titan tolong jawabkan. Tapi nak tunggu bro tu jawab, baik aku google lagi cepat. Bila google perkataan RIMUP ini jawapannya RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN. Idea Guru Besar sekolah yang nak letak RIMUP RAYA. Sejak ada Guru Besar baru, macam-macam idea dan aktiviti yang beliau jalankan. PIBG pun aktif bila Guru Besar aktif.

 

Antara team AJK PIBG sekolah yang hadir memeriahkan RIMUP RAYA. Berbaju pink salah seorang jemputan PIBG dari sekolah cina Salak South.

 

Raya SKDP02 

Selain jemputan PIBG, murid-murid dari sekolah berjiran juga dijemput. sambil beraya sambil jalankan pelbagai aktiviti. Ada pertandingan membuat pakaian dengan surat khabar, timbang tara siapa paling banyak, persembahan nyanyian, dikir barat segala. wah, suara tukang karut memang best.

 

Ada juga sambutan hari lahir untuk bulan Julai. Kebetulan kakak Azwa lahir bulan Julai. so, mamanya minta Guru Besar suapkan kek ke mulut kakak Azwa. Yang malunya, kakak Azwa makan secuit tak ngap habis. siapa nak makan sisa kek yang lebih kat tangan GB tu kan. Tak pasal-pasal GB cakap makanlah habis ni.

 

RIMUP Raya01 

TADIKA RAYA

Setiap tahun memang sekolah tadika akan buat jamuan raya secara potluck. Bawa makanan dari rumah jamu ramai-ramai.. Tahun ni, last hantar anak kat sini. Tahun depan Aqeel dah tahun satu. Kena tunggu 6 tahun lagi baru jumpa cikgu balik..itupun kalau masih cikgu yang sama.

 

Raya2 
URBAN CREWZ RAYA

Beruntung juga masuk geng kelab kereta ni. banyak juga bertandang ke rumah terbuka moksu-moksu kelab kereta. setiap hujung minggu ada jemputan. sampaikan dua tiga tempat sehari. alahai aku sendiri dah lupa rumah moksu-moksu mana ni. banyak sangat makan kuih raya.

 

OpenHouse1

 

Raya4

UC Open House2 

 Penghujung syawal, open house dari proton, aku tak pergi pun. biar mr.ery jer yang layan kambing sorang-sorang.

 

UC Open House1 
RAFI OPEN HOUSE

Rafi ni dulu satu opis dengan aku. Dulu penolong akautan, sekarang dah naik pangkat. Setiap tahun mesti ada jemputan dari dia. Eh silap, tahun lepas tak ada. Pergi rumah dia dapat makan menu special. Roti capati hasil air tangan bonda yang diimport khas dari penang punya. masakan wife dia pun sedap juga. bertambahlah makannya.Tq Rafi dan solehah. next year jemput lagi tau.

 

Raya1 
DATO’ GHAZALI OPEN HOUSE

Dua jam aku sesat cari rumah Dato’ Ghaz ni. Sesat area Taman Melati, Gombak. Dahlah malam,guna gps maps, here semua tak boleh pakai. Last-last Dato’ Ghaz call aku tanya sesat kat mana dan minta aku tunggu satu tempat. Anak buah dia datang dan bawa ke rumah. Lepas ni konpem dah tak sesatlah. memang laluan biasa ke rumah arwah ayah tiri. Dato’ Ghaz dulu ex-pegawai kat opis.

 

OpenHouse4 

DATO’ AHMAD JAZLAN OPEN HOUSE

Saja-saja pergi nak makan kambing kat belakang tu. Mr. Ery dapat jemputan dari kawan satu sekolah yang kerja di bawah Dato’ Jazlan ni. Kebetulan, area open house geng kereta dah dekat dengan sana. apalagi pucuk dicita ulam mendatanglah…eh betul ke peribahasa aku ni.

 

bbq kambing 
OPEN HOUSE KMT

Taman perumahan pun ada open house. Kawasan Bandar Tun Razak, so Datuk Seri Tengku Adnan datang. ramai manusia entah dari pelusuk mana. yang penting ada durian biarpun hanya seorang cuma dapat dua ulas saja. Harapkan kakak dan aqeel yang ambil semua makanan. Aira tidur kat riba, aku hanya duduk di meja. Mr.Ery tak join sekali kebetulan ada hal yang lebih utama.

 

OpenHouse3

 

Raya dah habis tapi entri raya belum lagi tamat.

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

3 thoughts on “Open House Berderet”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge