Logo KBBA

Assalamualaikum. Korang suka makan nasi lemak? Okey, nak tanya korang. Makan nasi lemak kat mana kesedapannya. Sedap pada nasi yang berlemak atau sedap pada sambal yang menyengat. Apa lah MamaEma ni, pagi-pagi dah cerita pasal nasi pula. Dahlah bulan Ramadhan. Terus perut terasa lapar. Alaa sikit jer pun… Ini namanya dugaan kecil..hehehe.

MamaEma nak kongsikan ini. Semalam teringin nak makan nasi lemak waktu berbuka. Walaupun penat balik kerja, sanggup pergi cari bahan-bahan dulu sambil berkejaran dengan masa. Yealah, takut tak sempat dengan waktu berbuka kan. Sampai rumah, terus masuk ke dapur. Nasib baiklah bawang dah siap di buang kulit dan cili kering dah siap di blender. Kerja jadi cepat dan mudah.

Resepi Nasi Lemak Sedap

Ah, gitu lah nama resepi nya yer. Memang sedap nasi lemak MamaEma sampai licin nasi dalam periuk. Bahan-bahan untuk nasi lemak nya adalah seperti:

Bahan-Bahan Sambal:

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Cili Kering
  • Gula Melaka
  • Air Asam Jawa
  • Ikan Bilis
  • Bawang Besar
  • Garam
  • Ajinamoto

Bahan-Bahan Nasi

  • Beras Siam
  • Santan
  • Daun Pandan
  • Halia
  • Garam

Bahan-Bahan Sampingan

  • Telur Rebus
  • Ikan Bilis Goreng
  • Kacang Tanah Goreng
  • Timun

Sambal Yang Sedap

Kita mulakan dengan cara-cara membuat sambal sedap style MamaEma.

  1. Mesinkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering.
  2.  Panaskan minyak, masukkan bahan yang dimesin. Goreng sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa, gula melaka dan tambah sedikit air.
  4. Masukkan ikan bilis dan bawang besar yang dihiris.
  5. Perasakan dengan garam dan ajinamoto.
  6. Biarkan seketika untuk dapatkan sambal yang pekat.

** MamaEma tak letak belacan. Sesetengah orang suka letak belacan. Terpulang pada citarasa individu sendiri.

Nasi Yang Berlemak

Cara untuk dapatkan nasi lemak yang sedap, MamaEma masak dengan beras siam. Nak guna beras siam, kena letak air banyak sikit dari beras biasa. Dan beras siam amat sesuai untuk masak nasi goreng dan nasi lemak. Butiran nasi jadi satu-satu. Tak adalah berlemak melekat likat tu kan. Caranya cuci beras bersih-bersih. Masukkan santan, garam, halia dan daun pandan. Tambah sedikit air sekiranya pakai santai pekat. MamaEma suka santan yang diperah dari santan kotak.. Nak cepat pakai pakai santan kotak jer.

Sesambil tunggu nasi masak, sambal masak. Goreng ikan bilis dan kacang. Rebus telur dan hiris timun batang. Setel terus. Berialah waktu berbuka nak makan nasi lemak kan, masuk maghrib makan kurma, makan kuih, minum air..kenyang. Penat-penat masak nasi lemak, makannya lewat malam. Tapi anak-anak MamaEma makan nasi lemak dari berbuka sampailah ke sahur. Bertambah pula dua beradik tu makan. Si kakak suka ratah sambal. Oh yer, lupa nak bagitahu. Sambal MamaEma tak pedas langsung. Pakai cili kering yang pendek gemuk. Ala, biasalah orang Kelantan mana suka makan pedas-pedas..manis-manis jer yang suka..sebab itu awek kelantan comel belaka. Tak gitu?

Sekian, perkongsian resepi Nasi Lemak Sedap MamaEma, kalah Nasi Lemak Anak Dara dan Nasi Lemak Pondan tu..Oppss… Gurau-gurau jer.

About emarieys

Ema has written 1030 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

12 thoughts on “Nasi Lemak, Sedap Pada Sambal Atau Sedap Pada Nasi”

  1. 1st, memang tengok sambal.
    kalau nasi tak sedap pun, kalau sambal sedap..masih dimaafkan.

    tapi, kalau dapat sambal sedap, pandai masak nasi..timun pandai potong, ikan bilis buang tahinya, kacang pandai goreng, ada lagi daun pisang. Ini memang mabeles.
    titan recently posted…My Ramadhan HomeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge