Makan nasi lemak bahagian mana yang boleh korang katakan sedap. Adakah kerana sambalnya, adakah kerana nasi lemaknya, adakah kerana lauk pauknya, adakah kerana presentation nya. Eh, presentation pun efek kesedapan nasi lemak yer. Nasi lemak yang dibungkuskan dengan daun pisang atau polisterin mana lagi rasa ummmp. Of coz lah dengan daun pisang kan.

Nasi Lemak Saleha

Tak tahu pun nama sebenarnya Nasi Lemak Saleha. MamaEma ingatkan Nasi Lemak Kampung Pandan. Ke sama jer? Okey, kali pertama makan nasi lemak dari kampung pandan ni masa adik ipar bawa ke rumah mertua.jamu makan ramai-ramai..sebungkus seorang tidak cukup. masing-masing semua bertambah bungkusan. ermm, itu tandanya sedaplah kan.

Kali kedua ni, terus pergi makan di kedai. Itupun adik ipar yang tunjukkan jalan. Makan untuk dinner. Apa yang diorder semestinya nasi lemak. Nasi lemak berlaukkan sotong, paru, ayam goreng dan biasa.

Di sini ada juga pulut kuning. Kegemaran abang Aqeel.. jadi, dia ambil pulut kuning.

Tidak dinafikan memang sedap masakan nasi lemak di sini. Nasi cukup lemaknya, sambal cukup rasanya, lauk cukup sedapnya. Memang ramai orang, bagi yang nak bawa balik, terpaksa bertabah untuk beratur panjang menunggu giliran. Boleh try untuk dapatkan khidmat online dengan food panda.

Alamat:

Nasi Lemak Saleha Pandan Kemajuan, No.11, Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur

 

Selamat mencuba!!

 

About emarieys

Ema has written 1064 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). ‘s’ di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

15 thoughts on “Nasi Lemak Saleha Di Kampung Pandan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge