Cendol Wawasan dan Nasi Ganja

Mula-mula dengar nasi ganja aku terkejut. Gila ke apa nak makan nasi ganja. cari nahas nak kena tahan lokap ke.ย  Aku ingatkan nasi ganja tu, makan nasi dicampur dengan ganja.

Nasi Ganja Ipoh

Nasi Ganja dan Cendol Warisan

Inilah nasi ganjanya. Risau juga mana tahu ada ganja dalam tu. sekali makan memang ketagih nasi ganja ni. sedap. Kedai mana aku sendiri tak ingat sebab lama sangat. tapi ada di bandar Ipoh.

Cendol Wawasan di Ipoh Perak.ย  Masa balik ke KL nak cari kedai lain sekali nampak orang ramai beratur membeli cendol. Mungkin sedaplah ni kalau ramai yang beratur.

Cendol

Macam-macam jenis cendol yang ada menjadi pilihan anak tekak masing-masing.

Cendol Hijau

Tak jumpa kedai yang nak dicari, kita singgah makan cendol. Harga cendol kalau makan terus murah sikit dari yang bungkus. Jadi, kita makan terus dalam kereta boleh jimat 50 sen.

 

Cendol Ipoh

Kalau tanya di mana cendol wawasan ini. memang tak tahu pun apa nama tempatnya. Cuma boleh bagitahu tempatnya di tepi jalan depan stesen minyak. Nampak signboard arah kampung. terus boleh nampak orang beratur kejar cendol. gerai cendol tak bergerak pun.

 

Signboard Cendol

Depan stesen minyak mobil.

Map Cendol

 

About emarieys

Ema has written 1127 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

44 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge