Cameron Highlands? Sebab frust sangat bila terpaksa balik awal dan masuk kerja. Punca itulah pergi ke sana. Eh, boleh ke begitu? Untuk ubatkan hati yang panas ni kan. Better pergi ke tempat yang sejuk. Nak balik ke Kuala Lumpur, tersinggah tanpa sengaja di Cameron Highlands. Ikut Lojing..Gua Musang. Saja nak lambat-lambat sampai rumah..sampaikan keluarga tanya dah sampai KL ke? Bila nampak check-in di Cameron Highlands, maknanya belum lagi.

Tea Break at Cameron Highlands

Mulut teringin nak makan pai aiskrim dan minum teh original kat atas sana tu. Tengah cuti seminggu, makanya traffic lah juga. Langsung tak singgah mana-mana tempat yang sepatutnya pergi kalau bercuti di sana…tempat kutip strawberry, bunga-bunga, sayur-sayur atau apa saja lah. hanya singgah Sungai Pauh tempat camping dan tempat minum air teh original ni saja. Kira rekki  tempat camping untuk next plan.

Dapatlah minum air teh original sambil menjamu mata pokok-pokok teh. Nak turun ambil gambar di ladang teh pun malas nak jalan…hahahaha.

Datang nak makan dan minum saja.

Beli satu, pakat berebutlah.. pastu tak cukup. Makan sekadar ada yer.

Selesai minum, Mr.Ery singgah juga tempat jual sayur..banyak juga dia membeli walaupun dia seorang yang pergi. Tak lengkaplah kalau naik Cameron Highlands, tak bawa balik sayur.

Ada juga nampak buah petai, tak beli pun. Tak tahulah petai dari mana. entah-entah dari Kelantan. Masa nak balik ni, nampak berderet kedai-kedai tepi jalan ada jual buah petai.

 

About emarieys

Ema has written 1061 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

10 thoughts on “Minum Air Teh Di Cameron Highlands. Sanggup Naik Sana.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge