Menyesal Pergi Mines 2. Longwan Lagi Murah Borong Alat Tulis

Pasar Mini Longwan.

Jangan percaya sangat viral yang jualan murah sana sini. Itu teknik pemasaran semuanya. Dah pergi menyesal. Lebih baik baca komen orang-orang yang dah pergi. Mamaema pun terkena. Patutlah tak bersesak orang kat Mines 2 ni. Barang sekolah yang dijual pun bukannya semua ada. Yang ada pun jenama entah apa-apa. Alang-alang dah sampai, belilah juga buat sedapkan hati.

Baik percayakan pada maklumat dari kawan sendiri. Kawan sekolah ada share tempat beli alat tulis murah dan berjenama. So, mamaema waze tempat tu. Pasar mini longwan namanya. Dari opis dekat sangat. Waktu rehat tengahari sempat mamaema pergi.

Pasar mini longwan ni macam kedai serbaneka, macam-macam ada. Bukan alat tulis saja, kasut, baju sekolah, beg sekolah, botol air, tupperware, botol susu, kelengkapan harian dan macam-macam lagi. Tempat alat tulis di bahagian bawah. Turun bawah bahagian belakang  sikit, terus nampak bersusun warna berjenama dan pelbagai saiz.  2 kotak warna mamaema sambar. Buat stok biarpun dah beli warna kat mines 2.

 

 

Ramai yang aim pensel warna, padahal banyak lagi yang boleh dibeli kat sini. Borong teruslah. Dari sekecil alat tulis hingga sebesar alat tulis…Ada semua.

Ini pilihan kakak Azwa pensel picit. harga RM2.50

Harga Alat Tulis

2 kotak pensel warna stabilo mama ema beli buat stok. Mr Ery pun tanya “kan, dah beli warna kat mines 2?”. Pakai dulu pensel warna 12pcs tu.. Yang ni simpan dulu. Puas hati 24pcs harga RM7.90 jer. Yang beli kat mines, 12pcs harga RM5 tak ada jenama entah bertahan berapa lama.

Tahun depan, beli borong alat tulis di pasar mini longwan je. Tak perlu lagi fikir tempat lain. Pakaian sekolah, kasut sekolah mamaema tak sempat nak tengok pun. tujuan asal nak beli alat tulis jer.. terpesong nanti, lambat pula masuk opis. Lagipun pakaian dan kasut sekolah mamaema dah beli kat hari-hari. Setiap tahun pun hari-hari jer.

Ada beberapa cawangan sebenarnya Pasar Mini Longwan. Yang mamaema pergi ni dekat dengan Setapak. Ini alamatnya:

 

Jalan Usahawan 7, Sri Rampai Business Park,

Setapak, 53300 Kuala Lumpur

 

 

About emarieys

Ema has written 981 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

22 Comment

  1. tu yg kena rajin survey je baru dapat bandingkan harga, hehe 😀
    Bahrain recently posted…Drama Korea Paling Best 2016My Profile

    1. aah betul tu, jangan mudah terpedaya dengan diskaun yg diwarwarkan.

  2. nak murah..cari kedai dua ringgit atau DIY.

    tu pun ada gak banyak harga yang murah gila.
    titan recently posted…Mokthar Dahari – Lagenda Bola Sepak MalaysiaMy Profile

    1. mana ada kedai dua ringgit…sekarang dah RM2.12 tau.
      memang murah..tapi sekali pakai jer lah.
      emarieys recently posted…Beli Sport Rim Menang Sport Rim Rezeki Tak Di SangkaMy Profile

  3. ini fakta tau.. hee~ kedai tah pape, yang nampak macam nak tak nak jek hidup.. memang harga dia lagi murah dari kedai kedai gah.. saya pon beli kat kedai biasa, kat kampung suami di Bentong.. memang murah berbanding pasaraya besar..
    atiehilmi dot com recently posted…STEP BY STEP ; CARA MUDAH KIRA BONUS SHAKLEEMy Profile

    1. kalau kedai dalam kampung memang murah kan..beza sangat yang di bandar ni.

  4. Kadang yg viral memang tak betul Ema
    Ini dah jumpa tempat yg lagi baik lain kali senang dah.

    Pensil warna ni kalau ada anak sekolah rendah memang banyaklah dlm rumah kan Ema:)
    Kakzakie Purvit recently posted…Cuti di kampung yang indah – 1My Profile

    1. aah kak, tak boleh caya sangat pun.
      pantang ada pensil warna ni, mesti nak mewarna
      emarieys recently posted…Beli Sport Rim Menang Sport Rim Rezeki Tak Di SangkaMy Profile

  5. Dekat nak buka sekolah ni pasti ramai ibu bapa yang mencari maklumat ni…. Terima kasih di atas perkongsian info..
    Anuar recently posted…Jangan Bertangguh untuk membeli RumahMy Profile

  6. Br tahu pasaraya longwan ni. Cuma jauh sket dr rmh kami kalau nk p.

    1. tak semua tempat ada longwan ni. kalau org jauh agak susahlah sikit.
      emarieys recently posted…Beli Sport Rim Menang Sport Rim Rezeki Tak Di SangkaMy Profile

  7. Murah gak eh. Thanks share info. Kena berjimat sekarang. Takleh boros. Cari barang yang semurah mungkin. Hehehe
    Laman Resepi recently posted…Cream Puff JagungMy Profile

    1. aah memang murah juga, sehabis molek nak cari yang murah.. kena berjimat sangat sekarang ni.
      emarieys recently posted…Beli Sport Rim Menang Sport Rim Rezeki Tak Di SangkaMy Profile

  8. Pernah dgr gak org kata kat Longwan ni murah. Tp thn ni i beli kat Aeon Big ja. Kebetulan hari tu ada sales pensil warna 24pcs tu rm6 ja. Borong terus hehe
    Mama Kembar 3 recently posted…Minyak Herba Asmak: Lebih Daripada Penawar AsmaMy Profile

    1. lagi murah tu… memang terus memboronglah senang.
      emarieys recently posted…Beli Sport Rim Menang Sport Rim Rezeki Tak Di SangkaMy Profile

  9. Pensil warna, kalau beli yang tak ada jenama, nak mewarna pun tak syok. Macam-macam masalah la nanti. Cepat patah la, mata pensil pecah la, pastu warna tak terang pun. (Ingat balik kenangan masa sekolah rendah duk main kaler-kaler)
    sabree hussin recently posted…Panduan menjalankan Bisnes Bakeri yang boleh beroperasi hanya dari rumahMy Profile

    1. betul tu. bila dah start patah time asah..sampai sudahlah patah jawabnya…ada tu sampai terbahagi dua batang dia,
      emarieys recently posted…Beli Sport Rim Menang Sport Rim Rezeki Tak Di SangkaMy Profile

  10. Kalo cam alat tulis cam pembaris…pemadam..sharpener.. lya beli kedai Eco RM2.. brand pon fabaer castle.. tp lg murah drp pasaraya.. beli 1 pek..terus blh buat stok..

  11. tulaa kan, viral tak semestinya betul kan.
    ira recently posted…Kembali Sihat Setelah 7 Hari Mencuba ShakleeMy Profile

  12. murahla ema warna tu, lepas ni shopping kat sini jela, kita beli kuantiti banyak memang terasa penjimatannya
    ajumohit recently posted…Menang Set Bersalin Premium Seri Rupawan dari Jamu Jun JayaMy Profile

  13. […] Pink. Anak dara mesti nak pink. Sama juga beg dari GM. Kasut putih dari Giant dengan harga RM3. Lagi murah tapi tak tahulah berapa lama bertahan. Kita tengok nanti. Kalau tahun lepas, mamaema tak beli pun pakaian sekolah pengawas sebab semua diambil dari sepupu dia. Tahun ini kakak Azwa minta nak pakai baju pengawas kemeja dengan skirt labuh. Untuk sekolah agama, pakai yang sedia ada. Alat tulis mamaema borong dekat Longwan. […]

Leave a Reply

CommentLuv badge