Assalamualaikum. Hari ini sesambil siapkan kerja untuk program akan datang, MamaEma ciptakan satu contoh borang penilaian atau kaji selidik secara online. Separuh hari juga nak siapkan. Maklumlah try and error. Dah rasa okey, MamaEma send email pada pegawai untuk komen.

Borang penilaian secara online akan mengurangkan penggunaan kertas secara berlebihan. Selalunya setiap kali program, akan diberi borang penilaian untuk diisi dan semestinya dibuat salinan. Pembaziran masa, pembaziran tenaga dan pembaziran kertas akan berlaku. Betul tak? Sekarang, masing-masing ada handphone, ada internet, ada wifi. Dengan hujung jari saja boleh membuat penilaian untuk program dijalankan.

Jadi, MamaEma share kan bagaimana cara untuk mencipta atau membina borang penilaian atau kaji selidik bagi mudah difahami.

Cara Membuat Borang Penilaian Kursus

Langkah 1 – Mula-mula perlu ada akaun gmail. Yang belum ada akaun, sila daftar dahulu. Percuma saja. Pada paparan atas kanan sekali, klik dibahagian kotak-kotak kecil akan keluar paparan seperti di dalam gambar di bawah. Pilih di item Drive.

Langkah ke-2 – Klik button New di belah kiri atas. akan keluar paparan Folder hingga more. Klik more akan keluar paparan Google Forms. Pilih Blank Form untuk cipta sendiri atau from Template untuk template yang sedia ada.

Langkah ke-3 – Selepas klik Blank Form, paparan web akan keluar seperti gambar di atas. Di sini anda boleh tulis tajuk program. Untuk tambahan paparan di bawah tajuk boleh klik add section dengan tekan butang paling kanan (contoh seperti gambar di bawah)

Add Question – Untuk menambah soalan

Title and description – Untuk menambah tajuk, tarikh, tempat dan lain-lain

Image – Untuk masukkan gambar

Video – Untuk masukkan video

Section – Untuk menambah kandungan/muka surat

Langkah ke-4 – Cipta soalan-soalan untuk penilaian.

Langkah ke-5 – Cipta pilihan jawapan yang diperlukan bagi setiap soalan. Pilihan jawapan pada paparan sebelah kanan (seperti gambar di bawah).

Pilih kategori jawapan sama ada dalam bentuk perkataan atau checkbox, linear scale atau pilihan dari excellent hingga poor. Terpulang pada anda sendiri.

Contoh soalan dan jawapan untuk diberi penilaian dalam perkataan. Boleh pilih sama ada untuk short answer mahupun paragraph.

Jika jenis soalan yang sama dan berulang tetapi orang yang berlainan, masa yang berbeza, anda hanya perlu klik butang copy sahaja (sebelah butang delete). Hanya perlu tukar tajuk dan masa.

Preview First

Untuk lebih mudah anda lihat hasilnya, anda perlu klik butang preview di sebelahan kanan atas. Paparan akan dilihat seperti gambar di bawah:

Selepas anda dah puas hati dengan borang penilaian yang anda cipta sendiri, bolehlah send melalui emel. Di bahagian message anda boleh tulis mesej apa yang anda perlu tuliskan.

Atau boleh juga send dengan salin link yang diberikan.

Terimaan Jawapan Dari Individu

Selepas individu yang terima borang penilaian ini dan menjawab bagi soalan-soalan yang wajib dijawabkan dan hantar. Maka, akan terima mesej respon dari individu. Dengan adanya borang penilaian online ini, pengiraan penilaian akan diperolehi secara cepat dan automatik. Sama ada pengiraan keseluruhan program atau penilaian setiap individu.

Contoh penilaian bagi individu

Okey, sudah faham. Anda perlu try and error untuk cipta borang penilaian atau kaji selidik. Bagi mereka yang akan membuat penilaian tetapi tiada akaun gmail pun boleh menilai. Dengan syarat, emelnya diterima. Itu saja. Terima kasih.

Ada macam cikgu tak…hahaha.. MamaEma kerani saja..

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

6 thoughts on “Mencipta Borang Penilaian atau Kaji Selidik Secara Online”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge