Sekali lagi ke Hafiz’s Cherating Activities. Di kala malam tengok kelip-kelip @ fireflies tapi siang hari kami susuri Sungai Cherating untuk melihat kehidupan haiwan yang ada di hutan paya bakau. Jika bernasib baik, akan jumpa memerang, ular, kelawar, monyet dan sebagainya.

Bila datang sini di siang hari, barulah nampak jelas keadaan sekeliling. Di waktu malam, memang nampak kelam hanya diterangi lampu dari jeti dan kedai-kedai di persisir sungai.

Tour Mangrove River Cruise

Hampir 1 jam lebih kami menyusuri Sungai Cherating. Alhamdulillah cuaca masa tu agak baik. Menyusuri pokok-pokok kayu bakau yang mana akarnya sangat unik..sangat cantik.. Satu pengalaman yang sangat best.

Rezeki kami hari itu, antara haiwan yang kami nampak iaitu kelawar, monyet dan ular. Kelawar sedang tidur di sebalik dedaun.. Sedang elok bot kami berhenti betul-betul di bawah tempat dia tergantung. Memang tidur lena…tak sedar apa. Issh, pemalas kelawar ni erkh…hehehe.

Sejenis ular yang hidupnya siang tidur, malam baru berjaga mencari mangsa. Seriau juga bila difikir, ular pun boleh panjat pokok. Sedap sungguh tengok ia berlingkar saja di dahan tu. Tak tegur pun kami ni…hahaha.

Image jelas jenis ular yang ada di pokok paya bakau.

Haiwan yang paling banyak di mangrove.. sejenis monyet kepala kecil dengan tompokan putih pada muka dan berekor panjang. Memang nampak jelas beberapa sekumpulan monyet-monyet begayutan antara dahan ke dahan yang lain.

Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Terima kasih kepada Encik Hafiz yang sudi menaja kedua-dua aktiviti KBBA9 iaitu Kelip-Kelip dan Magrove River Cruise ini. Alhamdulillah, inilah rezeki yang dikongsi bersama.

Selain dua aktiviti ini, Encik Hafiz turut menawarkan pelbagai aktiviti lain seperti River Kayak, Snorkeling Trip, Sea Fishing Trip, Release Babies Turtle to the Sea, Turtle Laying Eggs Watch. ATV, Banana Boat dan sebagainya.  Anda boleh rasai pengalaman yang tersendiri di sini…

Hafiz’s Cherating Activities

7/1156, Kampung Budaya Cherating

26080 Kuantan, Pahang

Contact: 017-978 9256 / 017-940 6898

Email: kohafiz@gmail.com

 

 

About emarieys

Ema has written 1048 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

3 thoughts on “Mangrove River Cruise”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge