Logo KBBA

Ikan Segar Pasar Nelayan.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Korang beli lauk fresh kat mana? Kalau kami, kat sinilah kami pergi. Pasar nelayan di Sepang Besar dekat-dekat dengan Pantai Bagan Lalang. Nak kata selalu pergi tu taklah juga, tapi setiap bulan mesti ada. Bila mana tengok peti ais dah kosong, gaji pun dah dapat, time itulah baru pergi cari.

Tentang harga ada yang mahal ada yang murah. Tapi kepuasan hati makan lauk fresh tu memang sedap sangat. Bezalah yang dijual di pasar tani, pasar basah, pasaraya tu. Pernah beli lauk basah di pasar tani, masa beli fresh lagi, tapi bila sampai di rumah dah tak fresh.

 

 

Lagi satu, kat kedai di Pantai Bagan Lalang, Sepang. Dekat-dekat dengan restoran ikan bakar. Selalu pergi hanya dua kedai saja yang buka. Dan selalu singgah yang sebelah kanan sekali. Akak yang jual tu friendly sangat. Itu yang suka beli kat tempat dia. Dia dulu yang akan tanya, nak siang ke tak?  Minta nak ais, satu plastik besar tu dia kasi. Tempat dia, memang banyaklah hasil laut.

 

 

Mandi Manda Di Pantai Bagan Lalang

Alang-alang dah sampai sini, mandi laut lah walaupun tak bermalam. Eh, kami pernah bercamping siap pasang khemah dan tidur semalam kat sini tau. Best biarpun malamnya diganggu nyamuk dan berpeluh-peluh panas. Tapi pengalaman tu yang menyeronokkan.

Boleh berbaik pula dua beradik ni. Yealah dapat mandi air laut. Ingatkan, Ayra ni tak suka dengan pasir. Dulu, dia langsung tak mahu pijak pasir. Tapi sekarang, dia yang ke depan.

 

 

 

Lepak dekat pantai ni, tak disangka akan turun hujan secara tiba-tiba. Titisan pula kasar-kasar. Cepat-cepat ambil Ayra bawa berteduh. Fuhh, sesak nafas dibuatnya.

 

About emarieys

Ema has written 1030 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

7 thoughts on “Ikan Segar Ada Di Sini Setiap Bulan Datang Membeli”

  1. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau http://www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂

  2. Selalunya Ema agak-agak pukul berapa ikan-ikan segar ni diangkut naik ke darat? Teringin juga nak pergi tapi tak tahu sebenarnya portnya di mana nak beli ikan segar. Banyak kali juga dah terlepas melenjan ke area ni selalunya nak makan-makan aje. Kalau petang hari tu ada ke lagi ikan segar?

    1. Petang pun ada mummy yang dekat pantai bagan lalang..tak silap hingga 11 malam. Masa ema peri hari tu, kul 4.30 ptg masih ada juga kat Pasar Nelayan Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge