Mama Anak Tiga Riadah Dengan Anak-Anak Di Hari Minggu

Mama anak tiga.

Baru tiga anak belum lagi lima..belum sepuluh. hahahaa. Yang tiga anak pun pening melayan pelbagai karenah anak-anak. inikan lima. sepuluh kan. Tapi mamaema respect dengan orang dulu-dulu. beranak hingga anak sampai berbelas orang ramainya. anak-anak semua pula berjaya. Itulah rezeki anak kan. Tak boleh mengeluh  pasal anak ni.

Ada yang masih menunggu rezeki untuk menimang anak. Ada yang tidak tunggu lama dah mengandung. Bagi yang masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Mamaema doakan agar kalian untuk mendapatkan cahaya mata juga satu hari nanti.

Pelbagai karektor anak-anak

Tidak dinafikan tiga anak pun boleh buat mamaema sakit kepala tau. Dengan perangai masing-masing.  Nak menang dan tak nak mengalah. bisinglah jadinya. Dulu, kakak dan abang yang selalu bergaduh, sekarang ditambah dengan Ayra pula. Dah pandai nak marah-marah orang bagai. Jadi mangsa si kakak lah. Entah kenapa tak seteru dengan kakak. Kalau abang okey jer.

 

 

Tapi bila kakak pakai tudung. pandai pula hendak dengan kakak. minta dukung. kononnya nak bawa dia keluar rumah. Marah-marah kakak pun, kakak juga yang selalu tolong mandikan Ayra, pakaikan baju Ayra. Cuma bab cuci berak Ayra, awal dah angkat kaki. hahaha, geli sangat si kakak ni.

 

 

Macam inilah kalau bawa ronda-ronda di mall. Kakak dan abang tak perlu didukung lagi, tapi Ayra dah pandai jalan pun tetap minta dukung. Jalan selangkah dua, terus dia duduk kat lantai tanda protes tak nak jalan kaki.

 

 

Tambah anak

Niat untuk tambah mamaema hold dulu lah. Tapi jika rezeki untuk timang anak lagi mamaema terima dengan hati terbuka. Sekarang mamaema perlu beri tumpuan pada kakak. Tahun depan dah mula nak UPSR dan UPSRA. Mulai tahun ini belajar dah tak boleh main-main. Keputusan ujian prestasi kakak baru-baru dah merosot.  Banyak kena usaha dan usaha lagi

 

 

Hari ini baru sempat buat satu post entry. Maaf belum sempat untuk balas jejak kalian semua. InshaALLAH mamaema singgah ke blog kalian yer. Mamaema tengah pening dengan orang-orang universiti ni.

 

About emarieys

Ema has written 981 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

5 Comment

  1. betul tu…nak menambah anak sekarang ni pun kena fikir banyak kali jugak…yang penting anak yang ada sekarang kita fokus dulu…

  2. samala..anak saya juga 3 orang..

    nak layan karenah mereka memang pening kepala jadinya..

    macam-macam ada tu..
    Hero Borneo recently posted…Rahsia Jadi Kaya Terbongkar Selepas 30 HariMy Profile

  3. saya pun anak 3. memang meriah jadinya

  4. Setiap anak ada rezekinya kan…hehehe…seronok tgok orang ramai anak..SA je ntah bila nak beranak…
    Suria Amanda recently posted…Dua Hari Makan Sedap Orang BelanjaMy Profile

  5. Kalau dapat lagi anak nanti bersyukur je, insyaAllah anak kan rezeki.. ramai jugak kawan2 yg susah dapat anak sekarang..

Leave a Reply

CommentLuv badge