Food Review: Makan Ikan Bakar Belakang Istana Lama Jalan Bellamy

Ikan Bakar Belakang Istana Lama Jalan Bellamy.

Sinilah port orang Bandaraya Kuala Lumpur datang makan ikan bakar. Gaji dah masuk semua pergi serang kedai ikan bakar. Masa nilah nak berbelanja lebih dan makan sedap sikit. Memang femeslah tempat ini. Kalau tekak nak makan ikan bakar, hari minggu pun mamaema pergi. Malam pun ada, tapi satu kedai saja yang buka. Sini, semuanya berniaga ikan bakar. Nak tahu kedai mana yang kena dengan selera tekak, kena cuba setiap kedailah. Bagi mamaema, kedai pertama dan kedua menjadi pilihan.

Tak payah makan nasi, ratah saja ikan  yang dah dibakar tu. Bahagian yang hangit itulah yang sedapnya. Ikan pula segar memang tak pandang kiri kanan. Cicah pula dengan sambal dan cili kicap. Merecik peluh.

 

 

Sejak dah pandai makan ikan keli ni, mamaema pilih ikan keli. mamaema yang untung dapat makan sorang-sorang. yang lain tak makan ikan keli. hehehe.

 

Bukan ikan saja yang ada, sotong bakar pun ada. Sotong pula besar-besar. Seekor pun tak habis nak makan.

 

 

Konsep layan diri.

Pilihlah ikan apa yang nak, ikan besar mana kat depan orang yang tengah panggang ikan tu. Dah berkenan, terus ambil letak atas meja. Nasi pun ambil sendiri. Nak cepat dapat air, pun pergi ambil sendiri. Bila dah bersesak dengan ramai orang, bau pula asap ikan bakar. kena bertahanlah. Style kedai makan jenis open air.

Kedai Ikan Bakar ni yang paling dekat dengan tempat kerja. Ada seorang pegawai yang baru masuk yang belanja mamaema dan kawan-kawan yang lain makan ikan bakar kat sini. Masing-masing oder, tapi semua dapat rasa. Lepas dah kenyang makan nasi makan ikan bakar, buah-buah potong, goreng pisang pun ada.

Nasihat mamaema, sesiapa nak pergi merasa ikan bakar belakang istana lama ni lebih baik pergi awal. Tiba waktu puncak jam 1.00 petang, memang bersesak habis.  Dan lepas makan, janganlah sambung borak ke apa, kesian orang berdiri tunggu meja. Pergi sambung borak tempat lain yer.

 

About emarieys

Ema has written 976 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

6 Comment

  1. wah selera tengok, sy pun spesis hantu ikan bakar juga, huhu, nnt bila bertandang ke KL boleh lah singgah, sy juga ada entri mengenai ikan bakar kat blog sy, jemput la baca,(kena search topik huhu) tapi ikan bakar belah utara la sebab sy duduk kat kedah hehe
    imnajmi recently posted…Burger Rim Tayar Pereleh Makan Tak Abeh!My Profile

  2. waktu kerja di bukit aman selalu juga makan di sini. mmg sedap
    raihanah recently posted…Family Day di Perak Sangat MenyeronokkanMy Profile

  3. wahh, ikan bakar lama tak makan nih
    ira recently posted…Realiti Kehidupan Yang Perlu Kita FahamiMy Profile

  4. Fuh…
    Memang merecik air liur dibuatnya..
    Mebelles..
    anuar recently posted…Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari ParkMy Profile

  5. SA pun selalu makan kat sini..selalu pergi gerai yang SERI Melaka tu…kat situ sedap
    Suria Amanda recently posted…Bekal Hari Ni Kari Ikan SiakapMy Profile

  6. untung la.

    lama gila tak makang ikan bakaq.
    titan recently posted…Mokthar Dahari – Lagenda Bola Sepak MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge