raya oh raya..sukanya bila dengar lagu raya. syahdunya bulan syawal dah nak sampai penghujungnya. tapi still lagi berhari raya. tak kira di mana2. janji makanan ada. lemang, ketupat ada segalanya. masuk mulut telan saja. sakit perut tanggung jua… oh nikmatnya berhari raya…

itulah jika bulan zulkaedah belum menjelma selagi itulah beraya. aku pun suka. jimat duit belanja. makan free saja. siapa yang tak suka??.sepanjang minggu dapat makan free saja kat opis ni. memang rezeki murah semua. pada 7hb 10 aku punya opis buat jamuan raya secara besar-besaran. jemputan seramai 200 orang tapi yang datang tidak pula sampai beratus agaknya. memasing ada hal sendiri. janji kitaorang puas hati. lauk pauk kuih muih yang terlebih boleh tapau buat famili. janji jangan kenyang perut sendiri. kena ingat anak-anak dan suami.
yang paling best dapat pujian dari KP. hasil hiasan setiap meja idea kami. semua senyum hingga ke pipi. penat lelah dah tolak ke tepi. macam berpantun pulak aku ni. tapi yang pasti aku tak peduli. tengok saja gambar kat bawah ini…. harap korang hepi…dan aku lagilah hepi….kita mulakan ngan orang2 yang memang pantang pandang kamera…..iffah, pian, nora, aku, dan naza

nie adalah hasil tangan semua2 yang terlibat..sebahagian sahaja..ada 15 meja semua untuk dihias.

tepak sirih
batu sungai
labu sayung
lesung batu dengan bahan2nya…. nie adalah aku punya idea…
sarung ketupat dengan beras pulut
kekacang
sebelum ketibaan tetamu sempat lagi ambil gambar beramai-ramai bersama KP untuk raya tahun ini. takut2 tahun depan dah tak buat lagi..korang tengok kat dalam gambar ni siapa yang paling menyerlah sekali.
aku ditugaskan sebagai penyambut tetamu di depan pintu masuk. dah le kena berdiri dengan kasut tumit tinggi, tak tahan kaki dah melecet terus tukar dari kasut ke widges jea. siap dah tampal pelekat kat celah2 jari kaki.

bersama rafi, bekas rakan sekerja aku. dulu pen. akauntan sekarang ko dah PTD. aku jugak yang ternanti-nanti. bila nak pergi dari sini.

maaf, semua sudah kepunyaan orang.

suka tengok gambar ini

bersama bekas KP yang paling diaorang sayangi… I like too….

jamuan dah sampai ke penghujungnya. apa lagi pakat jamu dan makan semua. untuk yang kali ke berapa… buat-buat tak tahu saja.

bersama k.nor

bersama mama yang sedang berputik hasilnya kat dalam perut.

kalau kitaorang jual lemang nie. laku tak?

dengan itu, berakhirlah sudah open house kat opis tahun ini. INSYAALLAH harap2 tahun depan buatlah lagi..

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati
sakit perut tanggung sendiri
esok korang jangan mc

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge