Longhorn Steakhouse Lembu Panjang Tanduk

Longhorn Steakhouse.

Mamaema sesiap translate kan apa maksud ‘longhorn’ ni. Maksudnya lembu panjang tanduk. Patutlah masuk restoran ni, tergantung kepala lembu tanduk panjang kat dinding. Eh, lembu panjang tanduk atau lembu tanduk panjang ni. Konpius. Tak boleh percaya sangat google translate ni, terbalik habis maksudnya.

 

 

 

Dah terang restoran steak, makan steaklah. Nak dapatkan harga murah, print voucher diskaun kat website. Side dish boleh pilih-pilih, sama ada nak dengan kentang goreng ke, kentang putar ke, sayur ke, macaroni ke..harga sama. Ini member sebelah punya.

 

 

Mamaema pilih dengan kentang putar dan sayur. Sampai kat meja, mamaema hiris daging tengok masih merah. Lupa nak bagitahu nak masak penuh. sekali sampai yang medium. Tak boleh nak telanlah. Minta masak sepenuhnya.

 

 

Sebelum makan steak, ada makanan lain yang diorder. Yang ni sedap, tapi dah lupa apa menunya. Bos baru yang oder dulu.

 

 

 

Datang ke Longhorn Steakhouse ni untuk meraikan mamaema punya pegawai yang kembali bertugas di tempat kerja hakiki. Berkhidmat selama 2 tahun secara kontrak. Sekejap sangat masa berlalu.

 

 

Bersilih ganti pegawai yang berkhidmat. Yang lama balik, yang baru pula datang.

 

 

Depan Longhorn Steakhouse pun jadilah kan. Pemberian cenderahati dari team sekretariat. Mulai sekarang semua pegawai di bahagian tempat kerja mamaema adalah orang baru.

 

 

Tahniah tuan.

 

Cawangan Longhorn Steakhouse yang mamaema pergi dekat dalam bangunan Quill City Mall. Kat sini tidak ramai orang pun, kedai banyak belum operasi. Kebetulan bertugas di Sheraton Imperial Hotel seberang jalannya Quill City Mall, terus plan meraikan pegawai kat sini.

 

 

About emarieys

Ema has written 981 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

10 Comment

  1. Beginilah adat bekerja di sektor kerajaan.. parah tumbuh hilang berganti.. semoga yg berpindah dapat meneruskan kecemerlangan di tempat yg baru..
    anuar recently posted…Fahaz Kamunting Homestay di Taiping PerakMy Profile

  2. Tanduk panjang ke pendik tolak tepi nama restoran tak kisahlah Ema
    Yg pasti makanan dia tu menggoda selera:)
    Kakzakie Purvit recently posted…Tempuh segala ujian dengan tabahMy Profile

  3. wow sedapnya ema, terliur tengok menu tu 😉
    ajumohit recently posted…Tonton Wayang Movie “Sing” di musim cuti sekolah | Sinopsis Film SingMy Profile

  4. lama x makan steak.. lembu tanduk panjang la.. tanduk yang panjang.. hehehe
    YB Shehan recently posted…KOREA TRIP (DAY 4 & 5) | GYEONGBOKGUNG PALACE, LOVE LOCKS N SEOUL TOWER, NAMDAEMUN MARKET, MYEONG-DONGMy Profile

  5. okeh.

    steak tu memang comel dan sedap.
    titan recently posted…Brainwash.My Profile

  6. gitu.. tak kisahler yer apaker bendayer yang penting steak house… macam2 dah sekarang kedai steakni yer… dulu akak tau victoria station jer… nampak sedap2 yer…
    cho zila recently posted…Pulau Pinang memang menarikMy Profile

  7. wahh,bestnyaa steak,lama tak makan nih

  8. Banyak juga makanan best di Longhorn Steakhouse ni ye. Kentang putar menu wajib bagi anak-anak kalau datang ke tempat macam ni.

  9. Angle kamera yang ditangkap memang nampak menyelerakan, harga pula macam mane yer, teringat isu menate steak hehe
    imnajmi recently posted…Burger Rim Tayar Pereleh Makan Tak Abeh!My Profile

  10. SA pun dah try sebab ada promo hari tu kat website dia..cuma kalau makan ngan cik abe mmg xde chance nak amik gambar…
    Suria Amanda recently posted…Bekal Hari Ni Kari Ikan SiakapMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge