Sunrise watching, don’t miss it. Mata terkebil-kebil bangun awal pagi semata-mata tak nak lepaskan peluang tengok matahari terbit atau sunrise. Rasanya baru terlelap sejam, gara-gara Ayra tak sihat malam tu.. paksakan diri juga untuk bangun. Kejutkan kakak Azwa buat teman dan Ayra pun MamaEma bawa sekali. Risau kan sedar, mesti nangis lah.

Sunrise Watching

Sabar menunggu detik terbitnya matahari ni..bertabah sambil dukung Ayra. Deruan angin laut tepi pantai sejuk dan sangat tenang. Waktu ni, jam dah menunjukkan pukul 6.45 pagi. Selain aktiviti sunrise watching, ada yang sedang bersenam, ada yang sedang berjoging.

Seronok tengok indahnya ciptaan Allah s.w.t ni. Sungguh terasa sangat kerdil. Ayra pun tak lepas peluang lihat sunrise. Bangun awal pagi tak nangis pun padahal tidur tak cukup tu. Bagi dia main-main dengan pasir. Tengok badan dia pun dah semakin baik selepas sapukan produk yang diberi. Alhamdulillah. So korang, jangan lepaskan peluang untuk lihat sunrise bila menginap di Legend Cherating. Rugilah kalau terlepas.. hanya di Legend Cherating sahaja boleh rasai pengalaman seperti ini.

 

 

About emarieys

Ema has written 1048 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

2 thoughts on “Jangan Lepaskan Peluang Lihat Sunrise Di Legend Cherating”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge